Categorized | Dunia

ROBOT SEKS BERHARGA RM23K

No of View :6443
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

HINES membetulkan kepala robot Roxxxy di bilik pameran syarikat TrueCompanion pada Ekspo Hiburan Dewasa AVN di Las Vegas.

LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Robot seks pertama di dunia bernama Roxxxy mencuri perhatian orang ramai semasa ia diperkenalkan pada Ekspo Hiburan Dewasa AVN di sini.

Roxxxy yang setinggi 1.7 meter dengan berat 54 kilogram, menyamai saiz kebanyakan wanita dan dilengkapi program kepintaran tiruan (AI) serta kulit sintetik mirip manusia.

“Robot wanita ini tidak pandai memasak atau mengemas tetapi ia boleh melakukan apa yang diimpikan oleh lelaki,” kata pencipta Roxxxy, Douglas Hines dari syarikat TrueCompanion.

“Roxxxy boleh menjadi teman baik lelaki. Ia boleh bercakap dan mendengar. Ia juga mampu merasai sentuhan anda. Kami cuba meniru personaliti manusia,” tambahnya.

Robot itu memiliki rangka dan boleh bergerak seperti manusia dan dilengkapi hati mekanikal yang menjana sistem penyejukan cecair.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

Ia yang memiliki lima personaliti pilihan termasuk perwatakan peramah atau pemalu bakal dipasarkan di AS dan Eropah dengan harga antara AS$7,000 (RM23,642) hingga AS$9,000 (RM30,397).

Pelanggan diberikan pelbagai ciri pilihan menurut cita rasa masing-masing termasuk bangsa, warna rambut dan saiz payu dara manakala Roxxxy turut dilengkapi Internet wayarles bagi menerima sokongan teknikal dan naik taraf perisian.

Buat masa ini, TrueCompanion juga sedang membina robot seks lelaki bernama Rocky. – AFP

Incoming search terms:

Leave a Reply

Nak Update Semasa Dari Mummynemo.Com

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Connect dengan Ellen di Facebook

Beriklan Di Blog Mummynemo…

<

Add Ellen di Google +

Follow Mummynemo_Ellen on Twitter

Categories

TerHanGaT Di PasaRan...

Thanks…Hehe