TUKAR HAK MILIK KENDERAAN MELALUI ONLINE DI MyEG

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan e-kerajaan Malaysia, MY E.G. Services (MyEG) Bhd, akan memperkenalkan perkhidmatan baharu bulan depan bagi mempercepatkan pemindahan dalam talian hak milik kenderaan menerusi laman sesawangnya.

Perkhidmatan itu akan berada di bawah skop Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengerusi eksekutif MyEG Datuk Dr Norraesah Mohamad berkata: “Perkhidmatan baharu itu akan memperkasakan pemilik kenderaan untuk menjadi lebih proaktif dalam memastikan penyelesaian sepenuhnya proses pindah hak milik, dengan yuran paling wajar RM25.”

Perkhidmatan itu terdiri daripada dua fasa, “E-Tukar Hakmilik Sementara”, di mana pemilik dipindahkan kepada peniaga kereta terpakai dan “E-Tukar Hakmilik Sukarela”, kepada pembeli.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"Cara Mudah Kelihatan Jelita Sepantas 4 Hari. KLIK SEKARANG!"

“Dalam fasa E-Tukar Hakmilik Sementara, kesemua liabiliti akan jatuh kepada para wakil penjual.

“Objektifnya ialah untuk melindungi penjual dan oleh itu membebaskan mereka daripada sebarang isu berkaitan dengan kereta semasa “fasa pemindahan” sebelum dijual kepada pemilik seterusnya,” kata beliau dalam persidangan akhbar selepas mesyuarat agung tahunan syarikat di sini Khamis.

MyEG juga akan menyediakan latihan untuk wakil penjual kereta terpakai dan syarikat kewangan kerana kebanyakan pindah hak milik kereta selalu akan melalui sama ada satu pihak, dan proses akan jadi lebih cekap dan pada masa yang sama mengurangkan kos.

Sementara itu, mengenai pendapatan, Norraesah berkata pada masa ini, sumbangan tertinggi ialah daripada JPJ, iaitu kira-kira 60 peratus.

Beliau juga berkata MyEG akan memperkenalkan projek perkhidmatan cukai, di mana RM40 juta perbelanjaan modal telah diperuntukkan untuk membeli kelengkapan untuk memasangnya, bersama dengan 100 kiosk yang lain. - BERNAMA

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*