Panas!..

VOKAL BUKAN SEKADAR RUPA: JURI SUKAR BUAT PENILAIAN

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
Close
>

Konsert akhir Vokal Bukan Sekadar Rupa sudahpun melabuhkan tirainya malam Ahad lalu. Dua peserta akhir, Asmidar dan Mafa masing-masing telah memberikan persembahan yang hebat. Namun, tuah lebih menyebelahi Asmidar apabila gadis kelahiran Kuala Lumpur ini telah dinobatkan sebagai juara.

Pada konsert akhir yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Asmidar dan Mafa telah berentap dalam tiga segmen, di mana pusingan pertama mereka membuat persembahan solo dengan lagu pilihan masing-masing, pusingan kedua dengan lagu baru ciptaan khas dan pusingan ‘battle’ dengan menyanyikan lagu pilihan lawan.

Dalam ketiga-tiga pusingan tersebut, Asmidar berjaya mendahului apabila juri memilih beliau untuk pusingan kedua dan ‘battle’. Walau bagaimanapun, ketika sidang media yang diadakan sejurus selesai konsert, juri tetap Azmeer dan Erra Fazira mengakui agak sukar membuat pemilihan pada malam itu.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

“Kami berada pada tahap sukar untuk memilih antara mereka berdua namun tuah melebihi Asmidar. Dari pemilihan lagu, saya pilih Mafa untuk pusingan pertama saja kerana Asmidar lebih menunjukkan warna dan versatil pada pusingan kedua dan ‘battle’.

“Saya beranggapan Asmidar lebih layak namun tidak bererti Mafa tidak bagus. Bagi saya, mereka berdua memang tidak menghampakan saya,” jelas Erra mengulas mengenai pemilihan Asmidar sebagai juara.

Azmeer pula ketika ditemui berkata, “Memang sukar untuk menentukan mana yang lebih baik. Secara peribadi, saya sukakan ton suara Mafa, namun adat bertanding, siapa yang melakukan kesilapan, dia akan kalah. Dia kreatif namun pernafasan dia perlu diperbaiki. Nada dia juga lari semasa menyanyikan lagu baru ciptaan Audi Mok.

“Asmidar pula saya tak nafikan dia punya pernafasan yang hebat walaupun adakalanya ton dia rendah, namun dia dengar nasihat saya sebelum ini. Persembahan vokal dia pada malam ini agak tebal dan lunak. Ton Asmidar 98% sempurna manakala Mafa 85%. Walaupun nasib tak menyebelahi Mafa, tidak bermaksud dia tidak ada masa depan. Saya pasti dia boleh berjaya dalam industri ini.”

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top