banner

ZUL ARIFFIN NAFIKAN KEMBALI PADA ABBY

<Adakah anda ingin mengikuti jejak langkah Adira untuk dapatkan kulit CANTIK & PUTIH? Dapatkan disini
"Peluang Bekerja Di AUSTRALIA Gaji Lumayan"..KLIK SINI..

“Saya sekarang solo. Mana ada dengan Abby. Siapa yang kata kami sudah kembali bersama?” – itu respon yang diberikan oleh Zul Ariffin apabila diminta mengulas tentang desas-desus yang mendakwa dia dan Abby Abadi sudah berbaik-baik semula. Jelas Zul, hubungan cintanya dengan Abby telah berakhir dan buat masa ini dia dan Abby hanyalah sekadar kawan biasa. Bagaimanapun, Zul tidak menolak kemungkinan akan kembali kepada Abby kerana perasaan sayang kepada wanita itu masih ada.

“Tiga tahun kami bersama. Jadi tidak mungkin saya boleh melupakannya begitu sahaja. Perasaan sayang itu masih ada. Bagi saya Abby adalah insan paling baik yang pernah saya kenali selain daripada keluarga saya.  Sehingga kini kami masih berhubung melalui telefon. Kalau tidak bercakap di telefon atau SMS, saya ikuti perkembangan Abby melalui laman Facebook miliknya. Sebab itu saya tidak kisah kalau sehingga kini orang masih mahu kaitkan saya dengan Abby.  Kami masih berkawan,” ujar Zul yang ditemui di majlis pelancaran filem ‘Penanggal’ petang kelmarin.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"Cara Mudah Kelihatan Jelita Sepantas 4 Hari. KLIK SEKARANG!"

Diminta bercerita tentang punca perpisahan mereka, Zul enggan mendedahkannya. Jelas Zul, biarlah dia dan Abby sahaja yang mengetahui kerana ia terlalu peribadi. Namun begitu, Zul tidak menolak perbezaaan umur adalah salah satu sebabnya.

“Saya tidak pernah menyesal mengenali Abby. Tetapi saya kesal dengan semua kesilapan yang telah berlaku sepanjang kami bersama. Sepanjang tempoh tiga tahun itu banyak perkara yang telah kami lalui bersama.  Walau apa pun, saya harus memandang ke depan. Seandainya kami berbaik semula, itu tidak menjadi masalah. Buat masa ini saya mahu fokus pada karier lakonan ,” ujar Zul berterus-terang.

Ketika ini jejaka berusia 25 tahun ini sedang sibuk dengan penggambaran filem ‘Penanggal’ yang diarahkan oleh Elly Suriaty. Ini adalah penampilan kedua Zul untuk filem selepas membintangi ‘Evolusi KL Drift 2’ sebagai pelakon pembantu.

“Watak saya untuk ‘Penanggal’ lebih menyerlah berbanding lakonan saya dalam ‘Evolusi KL Drift 2’ dahulu. Bagi saya watak Syed Umar ini agak mencabar kerana saya perlu berbahasa Arab selain perlu bercakap Melayu dalam loghat orang Arab. Memang agak sukar, tetapi saya seronok boleh melakukannya. Setakat ini saya tidak menghadapi sebarang masalah kerana sebelum penggambaran kami perlu ikuti kelas Bahasa Arab yang dikendalikan oleh sekumpulan pelajar UIA.  Selain itu, kami juga ada kelas lakonan bersama Fauziah Nawi,” ujar Zul mengakui seronok dapat bekerjasama dengan Elly Suriaty.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*