AJL26: SIAPA MANUSIA PUTIH, PENCIPTA LAGU KISAH HATI NYANYIAN ALYAH?

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

Jika sebelum ini ramai yang berteka-teki tentang siapakah orang di sebalik nama pena “Manusia Putih yang mencipta lagu nyanyian Alyah yang bertajuk Kisah Hati. Kesan teka-teki itu hampir juga menyebabkan lagu tersebut tersingkir daripada persaingan di kemuncak anugerah berprestij itu.

Penyanyi lagu “Kisah Hati”, Alyah yang bakal beraksi di Anugerah Juara Lagu 26 berkata identiti sebenar komposer lagu tersebut iaitu Manusia Putih akan diperkenalkan pada malam Anugerah Juara Lagu 26 kelak.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

“Sebelum ini mereka di luar sana tidak begitu mengambil tahu tentang siapa Manusia Putih, cuma selepas lagu tersebut popular dan berjaya ke AJL26, barulah orang tertanya-tanya. Manusia Putih itu sebenarnya ada empat orang dan identiti mereka akan didedahkan pada malam tersebut,” jelas Alyah yang bakal mengenakan busana rekaan pereka muda terkenal Hatta Dolmat pada malam tersebut.

Mengulas tema AJL26 yang menggunakan air sebagai konsep malam tersebut, Alyah yakin tema tersebut bakal memberikan satu petanda yang baik buat semua artis yang bertanding.

“Kalau kita baca buku mengenai feng-shui, air adalah sesuatu yang bagus. Alyah berharap ia akan memberikan satu petanda yang baik untuk semua,” tambah Alyah lagi.

Walaupun susunan muzik orkestra dilakukan oleh Datuk Ramli MS, Alyah yang masih belum mendengar lagi susunan muzik baru lagu nyanyiannya pada malam tersebut.

Anugerah Juara Lagu 26 bakal berlangsung pada 29 Januari depan di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*