banner

ANAK ‘DATUK’, SUSPEK BUNUH SISWAZAH UUM 6 TAHUN LALU AKHIRNYA DITANGKAP

<Adakah anda ingin mengikuti jejak langkah Adira untuk dapatkan kulit CANTIK & PUTIH? Dapatkan disini
"Peluang Bekerja Di AUSTRALIA Gaji Lumayan"..KLIK SINI..

SUNGAI PETANI 18 Jan. – Seorang jurujual kereta yang melarikan diri selama enam tahun ketika disiasat dalam kes rogol dan bunuh seorang gadis, akhirnya berjaya dikesan dan ditangkap polis semalam.

Suspek yang berusia 31 tahun dan merupakan anak seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ ditangkap sejurus tiba dari Perth, Australia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam.

Suspek dibawa ke Kedah dan direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes rogol dan bunuh seorang eksekutif pemasaran, Chee Gaip Yap, 25, di kawasan perumahan Kelab Cinta Sayang di sini pada 14 Januari 2006.

Perintah tahanan reman sehingga 23 Januari ini ke atas suspek dikeluarkan Majistret Mohd. Khairul Hafizuddin Ramli, pukul 10.30 pagi ini.

Utusan Malaysia difahamkan, suspek pernah ditahan polis kira-kira enam tahun lalu dan dibebaskan dengan jaminan polis semasa menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Bagaimanapun, dia bertindak melarikan diri ke Australia dan memegang taraf penduduk tetap di sana sejak itu.

Kes pembunuhan Gaip Yap pernah mendapat perhatian meluas masyarakat sebelum ini.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"Cara Mudah Kelihatan Jelita Sepantas 4 Hari. KLIK SEKARANG!"

Mangsa yang merupakan siswazah Universiti Utara Malaysia (UUM) dibunuh dengan kejam selepas dipercayai dirogol dan mayatnya ditemui pada awal pagi 15 Januari 2006 dalam keadaan separuh bogel di Jalan Kelab Cinta Sayang.

Pembunuhan kejam itu berlaku semasa Gaip Yap keluar berjoging bersama adik perempuannya berusia 24 tahun.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki tersebut.

Beliau berkata, polis cuba mengesan suspek yang bertindak melarikan diri ke negara kanggaru itu sejak tahun 2006.

“Polis tidak pernah menutup kes ini dan sentiasa mengikuti perkembangan kes tersebut setiap dua bulan,” katanya.

Beliau berkata, polis turut bekerjasama dengan rakan setugas di negara itu bagi mengawasi pergerakan suspek di semua lapangan terbang dan pintu masuk negara.

“Bertindak atas maklumat berkenaan, polis berjaya menahan suspek di KLIA semalam selepas mendapat tahu dia memasuki negara ini melalui penerbangan dari Australia,” katanya.

Tambahnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah untuk siasatan lanjut.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*