Panas!..

APA ITU AUTISME|AUTISME BOLEH DIKESAN LEBIH AWAL

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
Close
>

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

LONDON 27 Jan. – Saintis mendapati ciri-ciri awal kecacatan perkembangan tegal melibatkan fungsi otak (autisme) boleh dikesan lebih awal pada tahun pertama bayi dilahirkan melalui ujian pemantauan perkembangan otak.

Autisme yang hanya dialami oleh satu peratus manusia di dunia, dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi yang melibatkan masalah perhubungan sosial, komunikasi, emosi, minat, aktiviti dan tingkah laku.

Satu kajian yang dijalankan oleh Birkbeck University di London menunjukkan aktiviti perkembangan otak bayi yang memberi tindak balas berbeza serta cara pandangan bayi terhadap orang lain adalah berpotensi untuk menghidap penyakit autisme.

Ketua penyelidikan itu, Mark Johnson berkata, kajian itu dilakukan terhadap 104 bayi yang berusia dari enam bulan hingga 10 bulan sebelum diuji semula pada usia tiga tahun.

“Kita mahu mengkaji aktiviti perkembangan otak di bawah usia setahun untuk mengesan ciri-ciri awal autisme,” katanya.

Kumpulan Johnson menggunakan pengesan deria yang dilekatkan di kepala bayi untuk memantau aktiviti otak dan cara pandangan bayi tersebut turut diperhatikan.

Bayi yang didapati menunjukkan tindak balas memandang ke arah lain jika bertentangan mata berpotensi menghidap penyakit tersebut.

Kajian itu juga mendapati ujian secara langsung terhadap otak bayi berusia enam bulan mungkin membantu menjangkakan risiko autisme pada masa akan datang.

Tingkah laku penghidap penyakit itu tidak akan dapat dikesan sebelum usia dua tahun dan diagnosis doktor biasanya dilakukan selepas usia itu.

Johnson, bagaimanapun berkata, kajian itu masih di peringkat awal dan lebih banyak penyelidikan akan dilakukan untuk membuktikan penyakit autisme boleh dikesan pada peringkat awal kelahiran bayi. – REUTERS

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top