BANK LELONG RUMAH PEMINJAM TANPA NOTIS

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

KUALA LUMPUR: Beberapa bank tempatan didakwa bersikap kejam terhadap pelanggan apabila melelong rumah milik peminjam tanpa sebarang notis selepas mangsa gagal melunaskan bayaran bulanan seperti dikehendaki.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ketika mendedahkan perkara itu berkata, mereka menerima aduan berhubung kes seumpama itu hampir setiap minggu, terutama membabitkan pembelian rumah kos rendah.

Penasihat PPIM, Tengku Azwil Tengku Abdul Razak, berkata bank berkenaan juga didakwa mendapatkan perintah mahkamah untuk membuat pengisytiharan muflis ke atas pelanggan terbabit sekiranya gagal menjelaskan keseluruhan jumlah pinjaman yang dibuat.

“Apa yang berlaku ialah pelanggan ini membuat pinjaman perumahan dengan pihak bank. Ada di antara mereka berdepan dengan kesulitan dan gagal menjelaskan beberapa bayaran bulanan.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

“Apabila ini terjadi, mereka diberitahu rumah telah dilelong dan perlu menjelaskan jumlah pinjaman atau menghadapi tindakan muflis,” katanya pada di sini semalam.

Tengku Azwil berkata, bank terbabit juga tidak memberi notis pemberitahuan kepada pelanggan berhubung kegagalan mereka menjelaskan bayaran bulanan, sebaliknya terus melelong rumah mereka.

Sementara itu, seorang mangsa, Chandramathy Subramaniam, 39, berkata, rumahnya di Taman Alam Nyata dekat Kapar, Klang dilelong selepas beliau gagal menjelaskan ansuran selama lima bulan berikutan menghadapi sedikit masalah kewangan.

“Saya membeli rumah teres setingkat pada 2002 dengan harga RM100,000 dan perlu membayar ansuran bulanan sebanyak RM550 sebulan selama 30 tahun.

“Bagaimanapun kerana masalah kewangan pada tahun 2005, saya gagal menjelaskan ansuran bulanan selama lima bulan dan bermula saat itu, masalah dengan pihak bank mula melanda,” katanya.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*