HIDUNG BERDARAH PUNCA KANSER?

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

USAH pandang ringan jika anda mengalami masalah hidung berdarah atau tersumbat, terutama sebelah bahagian saja.

Anda mungkin menyangka suhu badan terlalu panas hingga darah keluar dari hidung atau hidung tersumbat disebabkan selesema.

Walaupun ia menyerupai gejala masalah kesihatan lain, ia sebenarnya antara gejala kanser hidung atau nasopharyngeal carcinoma (NPC).

Kanser ini terjadi pada bahagian belakang hidung dan di atas tekak.

Pesakit kanser hidung juga mungkin tidak menyedari mereka menghidap penyakit itu kerana cuma mengalami sakit biasa seperti bengkak di leher, telinga berdengung di sebelah bahagian, sakit kepala yang berterusan mahupun penglihatan kabur atau imej yang dilihat berbayang.

Risiko lelaki mendapat kanser hidung dua kali ganda lebih tinggi berbanding wanita.

Di Malaysia, penyakit ini sering dihidapi lelaki Cina dengan nisbah 14:100,000 manakala perempuan Cina (3.8).

Di kalangan lelaki Melayu, daripada 100,000 orang, empat mungkin terdedah penyakit itu manakala wanita Melayu dengan nisbah 1.3. Masyarakat India paling sedikit dikesan mengalami masalah itu iaitu 1:100,000 (lelaki) dan 0.2 (wanita).

Mereka yang berusia 50 hingga 69 tahun lebih terdedah kepada risiko kanser hidung. Antara punca penyakit pembunuh ini ialah genetik, faktor pemakanan, terutama makanan yang diawet dengan kandungan garam tinggi seperti ikan masin dan sayuran jeruk atau jangkitan kuman Epstein-Barr Virus (EBV).

Kebanyakan kanser berpunca daripada sel yang menyerang tetapi untuk NPC, serangan virus memang terbukti menjadi antara puncanya kerana ia terkandung dalam sel kanser hidung.

Individu yang pernah diserang virus EBV, dalam masa 10 tahun boleh mendapat 200 kali lebih tinggi kanser hidung berbanding mereka yang bebas virus itu.

Jangkitan EBV boleh merebak daripada ciuman, air liur, jangkitan sakit tekak dan faktor kebersihan. Mereka yang terdedah dengan persekitaran kotor atau tidak menjaga kebersihan boleh mendapat jangkitan kuman berkenaan.

Pakar Perunding Hidung, Telinga dan Tekak Pusat Perubatan Taman Desa, Dr Khairuzzana Baharuddin, berkata kanser hidung boleh dirawat dan disebabkan itu, kesedaran masyarakat mengenai gejala berkenaan perlu dipertingkatkan.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

“Ia tidak dialami di seluruh dunia tetapi lebih banyak dihidap penduduk di Asia dan Afrika. Kanser hidung paling banyak berlaku di China.

“Bagi mereka yang tidak mempunyai gejala, pencegahan dan pengesanan awal boleh dilakukan dengan cara menjalani ujian darah (EBV serology) atau pemeriksaan menggunakan kamera melalui hidung (teleskop kamera). Ujian ini digalakkan untuk masyarakat Cina dan mereka yang ada ahli keluarga menghidap kanser hidung,” katanya.

Jika masalah ini dapat dikesan lebih awal, jangka masa untuk pulih lebih cepat. Misalnya, 90 peratus penghidap kanser hidung tahap satu menunjukkan tindak balas positif pada rawatan dan dapat memanjangkan jangka hayat mereka lebih daripada lima tahun.

Malangnya, kurang 10 peratus pesakit mendapatkan rawatan pada tahap awal menghidap kanser itu, sebaliknya kebanyakan pesakit datang berjumpa doktor apabila penyakit itu di tahap serius.

Menurutnya, jika lambat mendapatkan rawatan, kanser hidung boleh merebak ke mata dan pangkal otak.

Penghidap kanser hidung tahap satu yang cepat mendapatkan rawatan boleh bertahan hidup lima hingga 10 tahun manakala pada tahap tiga atau empat, jangka hayat mereka untuk bertahan selama lima tahun kira-kira 30 hingga 40 peratus.

Rawatan untuk penyakit ini ialah kemoterapi dan radioterapi. Pesakit yang menjalani kemoterapi dan radioterapi tetapi selepas itu penyakit berkenaan menyerang kembali perlu menjalani pembedahan.

Jika masalah terjadi di leher, pembedahan membuang bahagian diserang kanser akan dilakukan manakala jika di hidung, pesakit akan menjalani prosedur endoskopi.

Kira-kira 70 peratus pesakit kanser hidung mempunyai bengkak di leher yang berbentuk berbiji-biji.

GEJALA

  • Hidung berdarah;
  • Hidung tersumbat (sebelah saja);
  • Bengkak leher;
  • Telinga berdengung (sebelah saja);
  • Sakit kepala berterusan;
  • Penglihatan kabur dan berbayang.

    PENCEGAHAN

  • Jaga kebersihan makanan — kurangkan pengambilan ikan masin, merokok dan minuman keras. Untuk semua kes kanser, rokok dan arak menyebabkan risiko lebih 20 kali untuk mendapat penyakit itu berbanding mereka yang tidak mengambilnya;
  • Amalkan pemakanan seimbang. Pesakit juga digalakkan mengambil makanan tambahan seperti acai berry, delima, epal atau anggur atau jus buahan berkenaan mahupun ‘transfer factor’.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*