banner

KENALI MASALAH HAID|GEJALA MASALAH HAID

<Adakah anda ingin mengikuti jejak langkah Adira untuk dapatkan kulit CANTIK & PUTIH? Dapatkan disini
"Peluang Bekerja Di AUSTRALIA Gaji Lumayan"..KLIK SINI..

HAID bermaksud apa-apa perubahan kepada aliran atau jangka masa kedatangan haid pada perempuan yang telah baligh dan belum putus haid. Secara amnya ia berkaitan dengan perubahan yang signifikan pada individu dan sebagainya.

Menurut Dr. Hamizah Mohd. Hassan, Pegawai Perubatan Klinik Nur Sejahtera Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), haid bukanlah sejenis penyakit tetapi adalah gejala kepada sesuatu penyakit atau masalah.

“Terdapat beberapa masalah haid seperti tiada haid (amenorrhoea), haid kurang (oligomenorrhoea), haid banyak (menorrhagia), sengugut (dysmenorrhoea) dan sindrom prahaid (premenstrual syndrome),’’ katanya .

Katanya, masalah haid perlu diatasi kerana ia menyukarkan seorang wanita itu mengandung, tanda-tanda bagi penyakit serius lain dan mengganggu kehidupan sosial.

Dr. Hamizah juga menyentuh tentang Amenorrhoea Primer yang bermaksud tidak pernah datang haid selepas 16 tahun.

Menurutnya, keadaan ini disebabkan faktor genetik iaitu bilangan kromosom seseorang wanita tidak normal seperti Turner’s Syndrome. Selain itu, ia juga disebabkan oleh kecacatan struktur ovatomi atau fizikal saluran reproduktif. Ia melibatkan masalah tiada faraj, tiada rahim dan selaput dara yang tebal (imperforate hymen).

“Kedatangan haid berhubung rapat dengan kelenjar hipothalamus di otak. Apabila ia mengalirkan hormon GnRH dalam kadar yang rendah, kedatangan haid wanita akan terganggu. Wanita yang tidak pernah datang haid juga dipengaruhi oleh keadaan terlalu kurus, stress, senaman berlebihan seperti atlet dan gimnas dan sakit teruk. Masalah tumor pituitari yang mengeluarkan prolaktin juga boleh menyebabkan tidak datang haid.

“Amenorrhoea Sekunder boleh didefinisikan sebagai ketiadaan haid selama tiga hingga enam bulan tetapi pernah datang haid sebelumnya. Antara sebab berlakunya masalah ini ialah hamil, polycystic ovarian syndrome, menopaus awal (ovarian failure), masalah hipotalamus, tumor mengeluarkan prolaktin dan asherman’s syndrome,’’ ujarnya.

Segelintir wanita juga dikaitkan dengan masalah menorrhagia iaitu darah haid keluar lebih 80ml sehari. Dalam konteks ini, seseorang wanita itu akan menukar pad setiap jam selama beberapa jam berterusan dan pendarahan lebih daripada tujuh hari.

Dr. Hamizah menjelaskan, antara punca utama masalah ini ialah ketidakseimbangan hormon estrogen dan progesterone yang selalu terjadi pada gadis baru baligh atau wanita pramenopaus. Di samping itu, masalah kanser, penggunaan ubat-ubatan seperti anticogulant dan suntikan hormon perancang keluarga dan jangkitan kuman dalam rahim selepas bersalin atau keguguran turut menjadi punca wujudnya masalah menorrhagia.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"Cara Mudah Kelihatan Jelita Sepantas 4 Hari. KLIK SEKARANG!"

“Rawatan Amenohea dan oligomenorhea ini boleh dilakukan tetapi bergantung kepada sebab. Misalnya, jika masalah tersebut timbul disebabkan penyakit thyroid, rawatan melalui ubatan dan pembedahan boleh dilakukan. Selain itu wanita yang melakukan senaman secara berlebihan boleh mengurangkan senaman dan memperbaiki gaya diet mereka,’’ tambahnya.

Sementara itu, rawatan spesifik boleh dilakukan bagi menorrhagia melalui pembedahan dan ubatan seperti hormon, NSAID, Danazol, zat besi, IUCD dan Progesterone.

Dr. Hamizah turut menyentuh tentang sebahagian wanita yang mengalami senggugut iaitu sakit di bahagian bawah perut sebelum dan semasa datang haid.

Antara gejala masalah ini ialah senak dan berdenyut di bahagian bawah perut, sakit menjalar ke bahagian belakang hingga ke paha, loya, muntah, berpeluh-peluh dan rasa hendak pitam.

“Senggugut berlaku disebabkan keadaan rahim mengecut untuk mengeluarkan darah haid dari dinding rahim. Selain itu, prostaglandin iaitu kimia yang merangsang pengecutan rahim turut menyebabkan masalah ini berlaku.

“Senggugut sekunder ini disebabkan oleh endometriosis, jangkitan pelvik (PID), alat dalam rahim, fibroid dan Uterine Polyps. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk merawat senggugut ini ialah menggunakan ubat penahan sakit NSAID seperti Ponstan dan Naproxen. Kaedah bertuam atau bertungku, bersenam dan berehat secukupnya turut membantu merawat senggugut,’’ tambah Dr. Hamizah.

Wanita juga seringkali dikaitkan dengan masalah Sindrom Prahaid (Premenstrual Syndrome) iaitu PMS. PMS boleh diertikan sebagai gejala-gejala yang berulang secara cyclical yang cukup serius untuk mengganggu sebahagian kehidupan dan mempunyai kaitan kaitan rapat dengan kedatangan haid. kebiasaannya, 85 peratus wanita akan mengalami masalah ini.

“Faktor risiko masalah ini dikaitkan dengan faktor genetik dan Affective Disorder. Antara sebab terjadinya PMS ialah perubahan biokimia yang membabitkan interaksi antara neurotransmitter daripada sistem saraf pusat dengan sex steroids (estrogen, progesterone dan testosterone),’’ kata Dr. Hamizah.

Seorang wanita yang sedang melalui tempoh PMS akan mengalami perubahan mood atau mood swings, kemurungan, rasa hilang kawalan, sembab, sakit payu dara, sakit kepala dan mengidam.

PMS boleh dirawat menggunakan ubat antimurung iaitu SSRI, kaunseling, senaman, makanan seimbang, mengurangkan pengambilan kafin dan PMS yang teruk boleh dirawat memlalui pengambilan anti estrogen (danazol).

Incoming search terms:

Comments

  1. about beauty says:

    mengapa ketika haid kadang menimbulkan rasa sakit

  2. azilina binti razali says:

    salam,saya nak tanye klu seseorang yg dtg haid dgn banyak lps tu tak berhenti sampai beberapa bulan mcm mne yer?..

Speak Your Mind

*