KISAH ORANG BUNIAN|ORANG BUNIAN MAHKLUK HODOH?

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

Gambar Hiasan, tiada kaitan dengan artikel

KISAH orang bunian sering diperkatakan khalayak di seluruh dunia. Banyak versi cerita yang melingkari kewujudan makhluk halus itu.

Diet Plan Malaysia
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"Cara Mudah Kelihatan Jelita Sepantas 4 Hari. KLIK SEKARANG!"

Segelintir pihak mengatakan orang bunian ialah puteri kayangan yang disumpah turun ke bumi, sesetengah yang lain mendakwa ia orang alim yang menuntut ilmu salah. Ada pula yang percaya ia sejenis makhluk seakan-akan manusia.

Seorang pengkaji paranormal, Mohammad Idrus Abu Hanifah memberitahu, kisah orang bunian wujud di seluruh dunia termasuk di benua Eropah.

“Sepanjang yang saya ketahui, dahulu di Hulu Klang ramai orang mengatakan mereka pernah terserempak dengan orang bunian malah berinteraksi dengan mereka.

“Orang bunian akan meminjamkan pinggan mangkuk kepada orang kampung semasa majlis perkahwinan,” katanya kepada Jurnal.

Namun, kerana sikap segelintir penduduk kampung yang tidak memulangkan pinggan mangkuk yang dipinjam selain merosakkannya menyebabkan orang bunian berkenaan menghilangkan diri dan enggan bekerjasama lagi dengan mereka.

Idrus mempunyai perspektif berbeza mengenai takrifan orang bunian.

“Jika disebut orang bunian, ia seolah-olah manusia sebenar iaitu makhluk Tuhan yang paling sempurna sedangkan orang bunian ialah jin,” ujarnya.

Katanya lagi, orang bunian mampu bertukar rupa seperti manusia kerana jin atau makhluk halus boleh bertukar rupa dan fizikal dengan mudah.

Idrus memberitahu, orang bunian hidup secara berkumpulan dan memiliki perkampungan.

Mereka juga mempunyai istana, pentadbiran dan gelaran. “Kadang-kadang perkampungan mereka ada di taman perumahan malah mungkin di sebelah rumah kita. Tetapi selagi kita tidak mengganggu mereka, tidak akan ada masalah,” ujarnya.

Bagaimanapun menurut Idrus, orang bunian kebiasaannya menetap di hutan tebal dan tasik bagi mengelakkan berjumpa dengan manusia.

Sifat orang bunian juga berbeza mengikut negara mereka tinggal.

“Di Malaysia orang bunian menggunakan bahasa Melayu manakala di Indonesia mereka bercakap dalam bahasa ibunda negara itu. Di Britain pula mungkin bahasa Inggeris.

“Ia kedengaran agak lucu tetapi itulah hakikatnya. Pakaian mereka juga berbeza-beza mengikut musim dan keadaan,” ceritanya. Bagi masyarakat Barat, orang bunian tergolong dalam jenis hantu.

Idrus mengaku dia pernah berjumpa dengan makhluk halus itu. Bahkan Idrus pernah mengajak penulis memasuki alam bunian itu tetapi penulis menolaknya kerana khuatir tidak akan kembali.

“Tidak perlu untuk pergi ke alam bunian, sekadar berjumpa pun boleh. Tetapi kebanyakan orang yang bersungguh-sungguh untuk berjumpa tidak akan dapat melihatnya.

“Ini kerana mereka telah pengsan dahulu sebab rupa orang bunian tidak menawan seperti yang disangka. Mereka sebenarnya makhluk hodoh,” ujarnya.

Idrus berkata, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum berjumpa dengan orang bunian. Antaranya seseorang perlu menyediakan apa sahaja tujuh jenis makanan dan tujuh jenis bunga di samping teh O, kopi O dan air suam.

Hari untuk bertemu mereka pula adalah pada malam Selasa disertai bacaan tertentu. Malam Selasa dianggap sebagai malam persahabatan antara manusia dan makhluk halus itu.

Incoming search terms:

Comments

  1. Mazalan Ab Rahman says:

    Kesah orang Bunian bukan kesah dongeng..Dalqam tulisan serengkas ini saya akan sampaikan maklumat tentang orang Bunian yang tidak diketahui oleh mana-mana orang.Waima bomoh,pawang ustaz dan sesiapa shaja. Dan maklumat tentang orang Bunian dalam tulisan ini akan menjadi pembuka minda ilmu dan sebagainya mengenai makhluk berkenaan.Sesungguhnya orang teraba-raba bercakap dan bercerita tentang orang Bunian ini.Jadi dalam tulisan pendek ini saya rasa terpanggil untuk ungkapkan hak cipta terpelihara sayan kerana maklumat benar begini tidak ada pada orang lain..Sesiapa yang hendak memanjang-manjangkan maklumat orang Bunian selepas ini silalah dengan rendah hati rujuk tulisan ini.
    Orang Bunian bukan jin dan bukan manusia dan bukan orang kayangan bukan syaitan, iblis dan hantu.Namanya pun ORANG.Orang memanggil mereka dengan berbagai istilah Orang Bunian,Orang Bunyian Orang Buni,dan Orang Sembunyi.Semuanya betul… Sesiapa saja yang bercakap,bercerita,menulis dan mempercayai tentang makhluk ini bisanya akan dikategorikan sebagai,ketinggalan zaman khurafat,kolot dan kuno.Terima sajalah dan ampunkan dosa mereka kerana mereka tidak mengetahui.
    Orang Bunian sebenarnya lahir dari perkahwinan campur antara manusia dan jin.Oleh itu ada sifat manusia dan jin dalam diri orang Bunian.Orang Bunian sifatnya tidak boleh dilihat dengan mata kasar begitu juga jin.Jin boleh membesarkan dan mengecilkan tubuh badannya tetapi tidak bagi orang Bunian.Orang Bunian ada tulang dalam tubuh badannya tetapi jin tidak ada.Kerana tidak ada tulang jin boleh mengecilkan dan membesarkan badannya.Jin boleh menyerupa dengan bentuk-bentuk makhluk lain termasuk ular tetapi orang Bunian tidak boleh.Jin makan dengan hanya menyerap zat makanan tetapi orang Bunian makan seperti manusia.
    Orang Bunian berkampung halaman malah ada kenderaaan dan ada kehidupan bandar dan desa jin tidak perlu itu semua.Di Malaysia ini ada 14 kerajaan Jin.Yang anehnya orang-orang Bunian ini mentaati raja kita dan Sultan2 kita.Mereka turut menggunakan wang yang kita gunakan seharian.

    Orang bunian ada yang cantik dan ada yang tidak cantik malah ada yang cacat.Mereka sangat taat kepada ketua,ibubapa dan agama.Warna kulit orang bunian dan bahasa yang digunakan tertakluk kepada dengan siapa jin yang asal berkahwin.Jika jin itu kahwin dengan orang India akan lahir bunian India.Jika berkahwin dengan orang Inggeris akan lahir bunian berbangsa Inggeris,dan seterusnya jika jin itu berkahwin dengan orang Melayu akan lahir Bunian Melayu dan mereka akan bercakap dengan bahasa asal manusia yang dikahwini.Ringkasnya ada Bunian India,Bunian Negro,Bunian China,Bunian Inggeris Bunian Jawa,Bunian Minangkabau Bunian Flores dll.Oleh kerana hubungan perkahwinan ini meluas keserata dunia jadi jumlah Orang Bunian pun ramai.
    Agama yang dianuti oleh orang Bunian pun pelbagai sebagaimana manusia.ada Islam,Kristian,Hindu,Buddha, animisma dll.Orang Bunian tidak boleh bergerak pantas seperti jin mereka berjalan seperti manusia kalau nak pantas mereka akan menaiki kenderaan.Jika berjalan diatas permukaan tanah bumi kita berpijak kaki orang Bunian bagai tidak jejajak,jarak tapak kaki mereka dengan tanah jika berdiri ialah enam inci.Oleh sebab tidak jejak ditanah orang bunian suka memakai pakaian labuh sehingga menutup bawah kaki.Kerana mereka bimbang kehadiran mereka akan segera dapat dikesan manusia.

    Orang Bunian malah jin tidak suka pulut kuning. Manusia yang ada ilmu selama ini terutama dikalangan supernatural Melayu akan menyediakan pulut kuning dalam majlis2 keramaian.Yang akhirhya disalahertikan oleh mereka yang tak mengerti sebagai sajian untuk jin.Jika ada orang bunian atau jin yang hadir dalam majlis perkahwinan manusia mereka tak akan makan pulut kuning tersebut.Jadi apabila mereka tidak makan pulut kuning walau disogok beberapa kali, mereka setelah dikesan akan menjadi tetamu istimewa kepada orang yang faham.

    Raja Iblis ialah Azazil asalnya malaikat kejadiannya dari Nur.Syaitan berasal dari Lidah api yang hitam.Raja Jin Kafir sedunia ialah Afrit.Jin berasal dari api yang biru.Raja Jin Islam Sedunia ialah Sultan Sohibul Anuar sementara Raja Orang Bunian Islam Sedunia ialah Sultan Zainal Abidin.Dikalangan makhluk yang tidak kelihatan ini yang bderagama Islam termasuk malaikat adalah amat kuat hebat dan digeruni oleh yang bukan Islam.Keadaanya terbalik dengan kehidupan dialam nyata yang bukan Islam lebih hebat dan dapat mencorak dunia.Tetapi apabila yang ghaib dapat bersatu dengan yang nyata makhluk Islam, tidak ada siapa dapat menyangkal kecuali orang dungu adalah amat hebat.

    Bagi penganut-penganut agama berbentuk mistik yang tidak dapat mengesan tuhan pencipta sebenar makhluk-makhluk ghaib ini akan menjadi sembahan.Setengannya dianggap Tuhan dan setengahnya dipanggil Datuk kalau di Malaysia.Menurut Prof.Khoo Kay Kim dalam satu rencana beliau satu masa dulu yang pernah saya terbaca,merakamkan rasa hairan beliau bagaimana di Malaysia ini ada tok kong berkonsepkan Datuk,yang tidak terdapat dinegara China.Datuk-datuk inilah samada mereka dari golongan jin atau bunian.Datuk di Tok Kong ini ada yang memakai serban,kupiah,songkok malah tengkolok..Saya sedih kerana di Malaysia ini ada Tokong orang Tionghwa yang dinamakan dengan nama datuk-datuk orang Bunian ini(sebenarnya amat banyak) dan setengahnya memakai nama dari ayat alQuraan sebagaimana yang terdapat di Bukit Gambir Muar.

    Orang Bunian suka kalau dapat bersahabat dengan manusia sebab asal mereka juga manusia.Jika ada manusia yang biasa-biasa saja tarafnya dikalangan manusia jika tercampak dalam masyarakat mereka taraf terendah manusia itu ialah penghulu.Kalau di Indonesia penghulu inilah yang dipanggil embah.Mereka itu manusia biasa yang bertaraf penghulu, bila besemenda dalam masyarakat Bunian.

    Orang Bunian sangat takut dan gentar dengan manusia yang mengamalkan doa Nabi Sulaiman.Kalau seorang pengamal doa itu yang telah menjadikan doa itu sebagai darah dagingnya bila lalau sahaja berhampiran orang Bunian mereka akan rebah bergelimpangan seperti ayam terkena penyakit sampar.Yang tidak tahan atau kalah dengan bahang doa pengamal itu ialah tubuh Bunian yang berasal dari jin.

    Peringatan kepada peniaga pasarmalam, dan sesiapa yang membuat majlis perkahwinan,orang Bunian suka mendatangi tempat tersebut.Orang Bunian adakalanya berbelanja menggunakan daun-daun kayu sebagai duit.Jika mengalami keadaan ini daun-daun kayu itu jangan dibuang tetapi dibungkus dan diletakkan ditempat selamat kerana tidak lama kemudian daun-daun kayu itu akan ditukarkannya semula dengan wang sebenar dan jika tidak ada perubahan insyaallah ia bagai jadi azimat pelaris perniagaan.Wallahwaalam.Orang Bunian tidak suka berbelanja dibanyak kedai atau gerai.Mereka akan memilih satu atau dua kedai sahaja.Dan mereka tidak keluar berbelanja beramai-ramai.Sesungguhnya Bunian yang Islam itu pun saudara kita.Bila kita mati dan ditanya oleh Malaikat tidakkah saudara Islam itu termasuk Jin Islam dan Bunian Islam.????

  2. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. SubhanAllah, banyak sungguh kisah yang tidak benar disampaikan mengenai Para Bunian. Maaf kepada En Mazalan, tetapi Para Bunian sebenarnya bukanlah seperti yang saudara nyatakan itu. Ramai di antara kita yang telah diperdaya oleh jin dan iblis yang tujuannya adalah untuk menyesatkan manusia. Saya tidak tahu dari masa asalnya kebanyakan kisah-kisah mengenai Bunian ini, tetapi saya mendapat maklumat dari yang empunya diri.

    Sesungguhnya Para Bunian dijadikan daripada cahaya, sama seperti Malaikat. Bezanya, Malaikat tidak berjantina, tidak makan, tidak minum dan tidak tidur. Mereka juga tidak memakan daging kerana kepada mereka, memakan daging adalah satu pembunuhan. Mereka bukanlah jin atau kacukan jin dan sebagainya. Bunian juga tidak bernafsu. Bunian merupakan Rahsia Allah yang juga memegang Rahsia-rahsia Allah. Jadi di sini jelas bahawa terma “Orang Bunian” adalah tidak tepat kerana mereka bukan orang. Orang hanyalah untuk manusia. Bunian dijadikan dalam bentuk manusia untuk membolehkan mereka berdamping dengan manusia.

    Para Raja-Raja Bunian bersayap, seperti mana yang dinyatakan di dalam Al-Quran, surah Al-Faatir ayat 1 yang menerangkan bahawa Malaikat bersayap. Mereka bukanlah makhluk lemah-lembik seperti yang sering digambarkan. Suka mandi-manda, menyanyi-nyayi dan bermain kompang. Tugas Bunian hanyalah untuk membinasakan iblis dan jin-jin kafir yang ingkar.

    Bunian terdapat di seluruh dunia, dan ya, mereka bertutur dalam berbagai bahasa, mengikut tempat di mana mereka berada. Namun begitu, seperti manusia, mereka juga mempunyai hubungan di antara kerajaan-kerahaan yang berbeza dan keseluruhan Raja-raja Bunian diketuai oleh Puteri Sari (bukan nama sebenar), Raja segala Raja-raja Bunian. Alam Bunian bukanlah terletak di hutan, sebaliknya berada di satu Alam yang lain yang dikenali sebagai Alam Zara. Manusia ada juga memanggilnya sebagai Kayangan. Kita tidak boleh menggunakan logik akal manusia untuk memikirkan keadaan alam Bunian dan masyarakat Bunian.

    Sebenarnya, Para Bunian telah memerhati dan membantu manusia sejak awal lagi, ketika zaman Nabi Adam lagi. Pembunuhan Habil oleh saudaranya Qabil menjadi sebab Bunian diciptakan. Qabil telah dipengaruhi oleh iblis dan membunuh saudaranya. Pembunuhan ini telah menyebabkan 1/6 populasi manusia musnah! Para Bunian telah dicipta oleh Allah dari cahaya seperti Malaikat, dan ditugaskan untuk mengawal dan memusnahkan iblis dan jin yang ingkar.

    Iblis atau nama asalnya Azazil bukanlah Malaikat. Dia dijadikan dari api yang cantik pada asalnya, tetapi ketika dia ingkar perintah Allah dan enggan sujud kepada Adam, Allah telah menukarkan bentuknya menjadi amat hodoh. Dia telah bersumpah untuk menyesatkan anak Adam sehingga ke hari Kiamat.

    Begitulah sedikit-sebanyak mengenai Para Bunian. Jika pembaca ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari blog saya Nukilan Bentara Tujuh dan bacalah artikel-artikel mengenai Bunian di sana. Boleh juga add saya di Facebook (Bentara Tujuh). Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speak Your Mind

*