Panas!..

ORANG RAMAI BOLEH MOHON BUKA KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA[KR1M] SENDIRI

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

KUALA LUMPUR, 12 Jan — Kerajaan mensasarkan membuka sekurang-kurangnya 85 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Khamis, setakat ini 26 buah KR1M telah beroperasi.

Mulai tahun ini juga, orang ramai serta mana-mana perbadanan boleh memohon membuka dan menjalankan perniagaan Kedai Rakyat 1Malaysia mereka sendiri, kata kenyataan itu.

Syarat-syarat dan borang permohonan boleh didapati daripada laman sesawang kementerian di alamat www.kpdnkk.gov.my serta di semua cawangan pejabat kementerian itu.

Mengenai isu keselamatan produk yang dijual, kenyataan itu menyebut bahawa pihak kementerian telah mengarahkan semua 200 produk makanan di KR1M dihantar untuk pemeriksaan dan semua produk mestilah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan sebelum dijual.

Selain itu, tambah kenyataan itu, kementerian telah menubuhkan pasukan pemantau khas dianggotai pegawai daripada Pejabat Kesihatan, Jabatan Pertanian dan Jabatan Agama Islam bersama penguatkuasa KPDNKK untuk memeriksa semua produk makanan yang dijual di KR1M.

Sehingga 31 Dis tahun lepas nilai jualan yang diperolehi 26 buah KR1M di seluruh negara mencapai RM12.4 juta.

KR1M kini menjual 250 produk dengan menggunakan label jenama generik “1Malaysia Kedai Rakyat” selain boleh menjual produk Coop 1Malaysia yang dikeluarkan Felda.

Barangan dan produk berjenama 1Malaysia yang dijual di KR1M adalah lebih murah sehingga hampir 50 peratus berbanding jenama terkemuka lain, menurut kenyataan itu lagi.

Incoming search terms:

12 comments

  1. SAYA BERMINAT DENGAN KEDAI RAKYAT SATU MALAYSIA.BOLEH BAGITAHU CARA UNTUK MEMOHONNYA

  2. noorsaniah bt pawali

    saya sangat berminat dengan kedai satu malaysia bolel bagi tahu cara memohonnya

  3. SAYA BERMINAT DENGAN KEDAI RAKYAT SATU MALAYSIA.BOLEH BAGITAHU CARA UNTUK MEMOHONNYA

  4. I am very interested in opening KR1 MALAYSIA,Can i get more details regarding opening procedure.

  5. assalamualaikum.saya ingin tahu apakah syarat2 untuk membuka KR1M?

  6. Saya berminat untuk membuka KR1M tetapi tak tahu caranya? Berapa banyak modal di perlukan?

  7. Bagaimana cara untuk memohon membuka kedai 1 malaysia

  8. Saya amat berminat untuk membuka kedai satu Malaysia.bagaimana cara saya dapat membuka kedai tersebut.terima kasih

  9. Saya amat berminat untuk membuka kedai satu Malaysia.bagaimana cara memohon..?

  10. saya sangat berminat dengan kedai satu malaysia boleh bagi tahu cara untuk mohon..

  11. elizabeth a/p kannan

    Selamat Sejahtera,

    Saya berminat untuk membuka kedai 1Malaysia. Bagaimana cara nak mohon dan berapakah modal yang diperlukan? Saya sebagai blacklist, bolehkah saya membuat pinjaman dari bank.

  12. Assalamualaikum… Sy amat2 bmnat nak mbuka pniagaan kedai buku. Apa yg perlu sy buat n brp modal perlu ada? Kawasan yg sy perlu kan d Hulu Langat bdpn jln bsr n bsbelan Tmn Perkasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top