Panas!..

RESTORAN HJ SHARIN LOW GRAND-SYURGA MASAKAN CINA HALAL DI MALAYSIA

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
Close
>

SEBAHAGIAN orang ramai menikmati juadah istimewa di Restoran Hj. Sharin Low Grand di Ipoh.

APABILA bercakap mengenai hidangan masakan Cina, pasti ramai akan mengakui tentang keenakan masakan tersebut.

Hidangan yang dimasak dengan menggunakan bahan-bahan segar dan kaedah yang ringkas itu menyebabkan masakan Cina menjadi antara pilihan yang digemari ramai.

Bagi masyarakat Cina di negara ini mahu pun di Singapura, Ipoh terkenal sebagai ‘syurga’ masakan Cina.

Justeru, tidak hairanlah, ramai pengunjung dari seluruh negara dan negara Kota Singa itu sanggup datang ke bandar raya ini semata-mata untuk merasai kepelbagaian masakan Cina yang terdapat di situi.

Namun, status halal menjadi penghalang bagi masyarakat beragama Islam untuk menikmati hidangan tersebut kerana tidak banyak restoran Cina Muslim di negara ini, apatah lagi di negeri Perak Darul Ridzuan.

Kini, masalah tersebut bukan lagi halangan bagi penggemar masakan Cina kerana pemilik rangkaian restoran masakan Cina Muslim, Sharin Low Abdullah telah membuka cawangan terbarunya di Persiaran Greenhill, Ipoh, Perak.

Cawangan ketujuh Restoran Hj. Sharin Low Grand yang mula beroperasi sejak September tahun lalu itu menyajikan lebih 100 hidangan masakan asli Cina yang dimasak oleh chef berpengalaman bagi menjaga keaslian hidangan di restoran tersebut.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Pengurus cawangannya, Wong Meng berkata, masakan yang terdapat di sini adalah 100 peratus masakan Cina Muslim.

“Istimewanya masakan di sini kerana ia menggunakan perencah yang dihasilkan sendiri seperti kicap khas, perasa dan sebagainya.

“Begitu juga dengan tauhu dan air soya, ia turut dihasilkan oleh pengusaha Cina Muslim,” katanya kepada¬†S2¬†baru-baru ini.

Wong Meng memberitahu, antara hidangan yang menjadi kesukaan pengunjung adalah telur masin kwai tau meow, sotong masak asam, ayam kong po, hoi sin to fu kang, udang mentega, kerapu cheong ching dan ketam lak chi.

Malah katanya, hidangan itik panggang merupakan antara pilihan yang digemari ramai pelanggan restoran tersebut.

“Bagi penggemar itik panggang, mereka boleh dapatkan di sini tanpa was-was. Bukan mudah mendapatkan itik panggang halal kerana ia biasanya diusahakan oleh peniaga berbangsa Cina,” katanya.

Restoran Hj. Sharin Low Grand yang sesuai untuk seisi keluarga ini beroperasi bermula pada pukul 11 pagi hingga 11 malam, setiap hari.

Bagi membuat tempahan, orang ramai boleh menghubungi talian 05-5242472.

P/S; Wah bestnya.,.nanti Ellen nak p makan kat sini la..harap2 dapat makan free atau dengan harga diskaun..hehhee

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top