Panas!..

SONY TABLET S DI MALAYSIA FEB 2012

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
Close
>

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Sony (M) Sdn. Bhd. mengumumkan pelancaran komputer tablet pertamanya, Sony Tablet S yang akan mula berada di Malaysia pada akhir Februari ini.

Bahagian Pengurusan Pengaktifan Jenama Sony, Pang Chir Hoy berkata, peranti tablet pertama keluaran Sony itu dijangka dijual pada harga sekitar bawah RM2,000 untuk bersaing dengan jenama-jenama lain di pasaran.

Sony Tablet S berbentuk buku yang boleh dilipat, berukuran 9.4 inci dengan paparan skrin sesentuh dan mempunyai pemprosesan NVIDIA Tegra 2 mobile.

Chir Hoy berkata, peranti terbaharu itu turut dilengkapi dengan pelbagai aplikasi, skrin resolusi tinggi dengan berat 598 gram.

“Ia diperkenalkan dengan dua saiz pengstoran iaitu 16GB dan 32 GB versi wi-fi sahaja yang dilengkapi Android 3.2 boleh dinaik taraf kepada Android 4.0 di masa depan,” katanya kepada pemberita di pra tonton di sini hari ini.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Antara ciri lain peranti itu ialah ia dilengkapi dengan kamera depan 0.3 mega piksel dan 5.11 mega piksel kamera belakang, mikro USB 2.0, fon kepala, bluetooth dan slot memori SD.

Menurut Chir Hoy, keupayaan Sony Tablet S lebih kepada hiburan kerana kemampuannya boleh disambung kepada televisyen LCD.

Selain itu ia juga boleh berfungsi sebagai alat kawalan jauh untuk televisyen, Astro dan peralatan multi media lain.

Beliau berkata, tablet itu juga mampu berfungsi sebagai peranti bersilang dengan peralatan hiburan kediaman lain dan berkongsi kandungan hiburan tanpa wayar dengan rakan-rakan serta ahli keluarga.

“Pengenalan peranti terbaru bakal merubah kehidupan pengguna di masa depan, dan berharap ia akan menerima sambutan di kalangan remaja khasnya,” kata beliau.

Incoming search terms:

One comment

  1. teknologi zaman sekarang, hebat betul

    Idea menarik! – Hadiah, Bajet dan Perancangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top