VIDEO DEMO PELAJAR UPSI TIDAK MENUNJUKKAN KEGANASAN POLIS

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

PETALING JAYA: Sebuah video yang disiarkan di YouTube berhubung demonstrasi haram anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi Ahad memaparkan adegan huru-hara ketika polis cuba menyuraikan himpunan itu.

Bagaimanapun rakaman lebih lapan minit itu tidak menunjukkan kumpulan pelajar berkenaan diserang pihak polis seperti yang didakwa banyak pihak.

Rakaman pada minit keempat menunjukkan keadaan huru-hara mula berlaku apabila ahli kumpulan berkenaan bertindak mencetuskan kekecohan dengan mengingkari arahan polis.

Sebelum ini pemimpin politik pembangkang dan aktivis mendakwa bahawa beberapa orang pelajar dipukul pihak polis selepas enggan bersurai daripada perhimpunan berkenaan.

Malah pihak polis turut menafikan dakwaan keganasan tersebut.

___________________________________________________________________________

TANJUNG MALIM: Polis menafikan dakwaan anggotanya menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan haram anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan Ambang Tahun Baru di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi Ahad.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata dakwaan yang tersebar di beberapa blog mengenai kecederaan dua anggota SMM akibat dipukul Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) adalah tidak benar dan merupakan fitnah.

“Semasa perhimpunan itu, tiada anggota FRU dipanggil bertugas… hanya anggota dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Tanjung Malim sahaja, dan ternyata blog berkenaan cuba membuat fitnah.

“Malah semasa menyuraikan perhimpunan haram itu, anggota kami tidak menggunakan sebarang kekerasan malah bertindak dengan sangat berhemah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata kecederaan anggota kumpulan mahasiswa itu adalah disebabkan rempuhan yang mereka lakukan sendiri, dan bukan dipukul polis seperti didakwa.

Mohd Shukri berkata pada awalnya, polis cuba menasihati kumpulan itu dan memberi masa selama 30 minit untuk bersurai, namun mereka tidak menghiraukannya malah bertindak lebih agresif.

“Mereka kemudian mara dan berbaring di atas jalan raya, mengganggu lalu lintas… polis terpaksa bertindak demi keselamatan awam menghalang perlakuan berkenaan, namun ia masih dilakukan dengan berhemah.

“Mereka terus lari lalu merempuh pula klinik berdekatan sehingga berlaku kerosakan pada premis itu dan kemudian polis menahan 17 penuntut pada masa tersebut,” katanya.

Beliau berkata tiga laporan polis diterima hari ini, iaitu satu laporan daripada seorang penuntut perhimpunan berkenaan yang melihat rakannya dipukul polis, manakala seorang lagi membuat laporan mengenai kecederaannya akibat rempuhan di klinik dan satu daripada pekerja klinik berkenaan yang dirempuh.

Katanya, perhimpunan itu adalah haram kerana tidak mempunyai permit manakala SMM merupakan sebuah persatuan yang tidak berdaftar.

Mohd Shukri juga menyeru semua penuntut agar tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti perhimpunan haram serta tidak sewenang-wenangnya memfitnah PDRM tanpa usul periksa kerana pihaknya akan bertindak tegas demi menjaga ketenteraman awam.

Kesemua 17 penuntut yang ditahan berusia antara 19 dan 24 tahun disiasat mengikut Seksyen 186, 145 dan 147 Kanun Keseksaan serta Seksyen 27(5) Akta Polis, namun dibebaskan dengan jaminan polis petang tadi setelah diambil keterangan.

Awal pagi tadi, kira-kira 70 penuntut beberapa universiti berhimpun secara haram di pekarangan UPSI selepas sambutan Ambang Tahun Baru bagi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

Selain itu, mereka mendesak agar penuntut UPSI Adam Adli, yang menurunkan bendera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Ibu Pejabat Umno sewaktu demonstrasi 17 Dis lepas, tidak dikenakan tindakan tatatartib oleh pentadbiran universiti berkenaan.BERNAMA

_________________________________________________________________________

 KUALA LUMPUR, 2 Jan — Satu rakaman video demontsrasi yang melibatkan mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi semalam tidak menunjukkan polis melakukan serangan fizikal terhadap mereka.

Bagaimanapun rakaman video yang dimuatnaik di Youtube semalam menunjukkan  keadaan kelam-kabut apabila polis mahu menghuraikan demonstrasi  dan seorang mahasiswa berdarah di kepala dan seorang lagi mengalami kecederaan.

Aktivis mahasiswa dah ahli politik pembangkang mendakwa beberapa mahasiswa  yang terlibat dalam demonstrasi menuntut kebebasan akademik dipukul dan ditahan berikutan ingkar dengan arahan bersurai oleh polis.

Polis bagaimanapun menafikan bertindak kasar terhadap aktivis mahasiswa itu yang mengadakan demonstrasi aman di UPSI.

Sejak insiden itu, pelbagai tuduhan tentang penyalahgunaan kuasa dilemparkan terhadap polis di media-media sosial di mana mahasiswa yang terlibat dalam demonstrasi itu menulis komen di laman sosial masing-masing untuk mengutuk tindakan yang disifatkan mereka keganasan pihak berkuasa.

Dalam rakaman video berdurasi 8.27 minit, yang dimuatnaik portal berita Antara Pos menunjukkan aktivis mahasis berhimpun di luar pintu masuk UPSI selain mendesak agar dibenarkan masuk.

Kumpulan mahasiswa itu melaungkan “Bebas bebas” dan “kami semua Adam Adli”.

Adam Adli, 21, menjadi perhatian dan dikritik kerana bertindak menurunkan kain rentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di luar ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur bulan lalu.

“Kami telah menguasai UPSI hari ini dan kami membuktikan mahasiswa boleh menuntut kebebasan akademik,” katanya sebelum polis tiba untuk menghuraikan demonstrasi itu.

Seorang anggota polis memberi kumpulan mahasiswa itu selama 15 minit untuk bersurai namun ramai di kalangan mereka enggan dan membantah arahan tersebut.

Kebanyakan daripada mereka dilihat menolak anggota polis selepas masa yang diberikan tamat dan cuba menghalang polis untuk mengambil tindakan.

Keadaan kelam-kabut berlaku selepas itu, dengan imej kabur menunjukkan pintu kaca sebuah klinik berdekatan universiti itu pecah dan dua mahasiswa mengalami kecederaan semasa cuba melarikan diri.

Tiada rakaman menunjukkan anggota polis melakukan serangan fizikal ke atas mahasiswa selain daripada tangkapan.

“Kami bukan musuh anda, adakah anda dengar? Kami akan di sini untuk membantu,” kata seorang anggota polis, yang dilihat menggari seorang mahasiswa.

PKR dan DAP mengkritik tindakan polis terhadap mahasiswa, dianggarkan seramai 60 orang semasa demonstrasi aman untuk memberikan sokongan kepada aktivis mahasiswa dan menuntut kebebasan akademik di UPSI, Tanjung Malam selepas tengah malam.

Parti pembangkang mendakwa polis termasuk dua anggota dari Unit Cawangan Khas mengambil tindakan kasar terhadap mahasiwa yang didakwa mereka seramai 100 orang berbanding 60 orang yang dikatakan peguam hak asasi Fadiah Najwa Fikri apabila kumpulan itu enggan bersurai.

Seramai 17 aktivis mahasiswa telah ditahan dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi dan kesemua mereka dibawa ke balai polis Tanjung Malim.

Seorang mahasiswa, Muhammad Safwan Anang dikatakan dipukul, ditumbuk dan ditendang sehingga tidak sedarkan diri.

Muhammad Safwan, Presiden Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) berada di Hospital Slim River dengan tulang pipi patah,” kata PKR dalam kenyataannya.

Parti itu mendakwa Muhammad Safwan telah dipukul oleh lapan anggota polis dan anggota Unit Cawangan Khas.

Polis Tanjung Malim mengesahkan mereka telah menahan 17 aktivis mahasiswa dalam kejadian itu tetapi enggan memberikan butiran lanjut kerana masih dalam siasatan.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*