Panas!..

WANITA BERUSIA PERLUKAN SEKS

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
Close
>

APABILA Allah menciptakan Adam, dia disempurnakan dengan kehadiran Hawa, dan begitulah dengan penciptaan lelaki dilengkapkan dengan wanita.

Kedua mereka bergerak bergandingan dan peranan mereka ialah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Menurut penceramah agama terkemuka, Dr. Fatmah al-Zahrah, 55, setiap wanita memerlukan perhatian, belaian dan kasih sayang suami.

“Tidak kiralah berapa usia wanita itu, asal saja bergelar wanita, dia tetap memerlukan perhatian, belaian dan juga kasih sayang daripada pasangannya,” katanya.

Menyingkap pengalamannya yang pernah melalui usia 40an, Fatmah mengakui, lazim dalam usia begitu, wanita yang tidak berkarier mudah dicengkam kesunyian ekoran anak-anak telah meningkat dewasa dan suami pula sibuk dengan kerja.

“Keadaan itu tidak memberi peluang kepada isteri untuk bermanja dan bermesra. Sedangkan sebagai manusia biasa, wanita memerlukan perhatian bukan sahaja dari segi material tetapi juga perasaannya,” katanya.

Katanya, memupuk kasih sayang dalam rumah tangga biar seimbang antara si suami dan isteri. Jangan hanya seorang bertepuk sedangkan pasangan yang seorang lagi leka mengikut nafsu dan kehendak sendiri.

Sebagai ketua keluarga, katanya, suami wajib memberi perhatian, kasih sayang dan juga belaian kepada isteri sejak mula berkahwin sehinggalah ke akhir hayat.

“Cinta dan kasih sayang tidak datang bermusim tetapi ia mesti dibajai dan mekar mewangi sampai bila-bila,” katanya.

Fatmah yang juga seorang kaunselor mendedahkan, ada di kalangan wanita berusia yang menemuinya mengaku jatuh cinta dengan lelaki lain kerana menerima perhatian seperti yang didambakan. Mereka ini tergolong dalam kumpulan wanita profesional, berharta dan berkedudukan.

Bahkan katanya, ada yang mengaku jatuh cinta dengan pemandu sendiri yang jauh lebih muda daripada mereka.

“Sikap lelaki itu yang mengambil berat, memberi perhatian dan sanggup meluangkan masa bersama telah mengisi ruang-ruang kosong di dalam hati mereka. Apatah lagi jika suami masing-masing telah mempunyai perempuan lain dan tidak mengendahkan lagi hati dan perasaan si isteri,” ceritanya.

Menjawab satu soalan, Fatmah menjelaskan, wanita di usia 40an mengalami perubahan fizikal yang menyebabkan perasaan mereka lebih sensitif.

“Masalahnya apabila mereka bergaul dengan golongan senasib yang telah terpesong daripada hukum syarak, mereka terpengaruh,” akuinya.

Jelasnya, wang ringgit dan harta benda bukan masalah bagi wanita untuk memiliki kebahagiaan yang `ditawarkan’ kekasih muda mereka.

Menangani masalah ini, hal ini kata Fatmah, memerlukan perubahan sikap bukan sahaja diri wanita terbabit tetapi juga pasangan yang mengabaikannya.

>
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

“Kembali ke pangkal jalan dan bertaubat. Sungguhpun tidak mempunyai akar umbi dan asas agama yang kukuh, ia bukan penghalang bagi individu melepaskan diri daripada kancah maksiat. Bebaskan diri daripada belenggu noda yang menyesatkan.

“Jauhi diri daripada pergaulan negatif atau kawan-kawan yang boleh mendorong diri melakukan perkara-perkara mungkar,” tegasnya.

Paling baik, katanya, isilah masa lapang dengan kerja-kerja yang berfaedah seperti menghadiri majlis ilmu atau pun menganggotai pertubuhan-pertubuhan wanita dengan kegiatan yang positif.

Bagi pelakon Aida Rahim, 45, usia bukanlah penghalang kepada perhubungan seksual wanita.

Tambahnya, masyarakat hari ini perlu mengubah pandangan bahawa wanita berusia tidak perlu dan tidak mementingkan seks.

“Selain daripada mendapatkan zuriat, perhubungan seksual juga sebenarnya penting untuk mengeratkan hubungan suami isteri dan membina kesejahteraan individu serta keluarga,” ujarnya.

Justeru Aida berkata, sudah tiba masanya semua lapisan masyarakat Malaysia memberikan persepsi yang lebih positif terhadap perhubungan seksual bagi wanita berusia.

“Semua wanita, tidak kira muda atau berusia berkeinginan terhadap seks cuma kebiasaan masyarakat kita menganggap wanita berusia tidak memerlukan seks sebagai sebahagian daripada tuntutan hidup mereka,” jelasnya.

Sebagai wanita, Aida juga selalu percaya bahawa hubungan seksual yang ditangani dengan positif menjadikan diri lebih ceria, dihargai dan sempurna sebagai wanita.

Menyentuh mengenai wanita 40an yang dahagakan belaian dan sentuhan daripada lelaki kerana suami sendiri bersikap `makan di luar’, beliau tidak menafikan wujudnya fenomena tersebut.

“Cuma sebagai wanita jangan cepat melatah dan mengikut kata hati. Selidik dan cermin dahulu diri apa sebenarnya kekurangan yang ada pada diri.

“Ubah sikap dan penampilan jika itu yang suami mahukan. Sesekali adakan kejutan untuk pasangan, kemesraan dalam hubungan akan dapat dinikmati,” nasihatnya.

Andainya gagal menawan semula hati suami, kata Aida, ia bukan alasan terjerumus ke lembah yang tidak diingini.

“Mungkin ada kalanya diri tersasar dari landasan tetapi kembalilah ke pangkal jalan,” katanya.

Ditanya pengalamannya sebagai wanita berusia 40an, jelas Aida, dia menjadi seorang yang lebih lebih mengagumi diri sendiri.

“Saya lebih menghargai usia sekarang kerana diri lebih matang dalam membuat sebarang keputusan. Jika kita bersedia sejak awal tidak ada yang perlu dibimbangi menjelang usia 40an.

“Namun saya akui, diri memerlukan lebih perhatian, belaian dan kasih sayang daripada pasangan. Cuma jangan sesekali memaksa kerana jika gagal memperolehnya, kita akan berasa lebih tertekan. Biarkan kemesraan itu datang secara semula jadi,” katanya.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top