2 BAYI MENINGGAL HIDAPI PENYAKIT MISTERI

<Mencari Peluang Kerja Dari Rumah

HUTAN MELINTANG: Dua bayi lelaki meninggal dunia secara mengejut di daerah ini, Isnin lalu akibat diserang demam misteri yang turut menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami cirit-birit dan mata bengkak.

Dua bayi berkenaan dikenali sebagai sebagai Tamil Selvan berusia sembilan bulan dan M Varagaran yang baru berusia dua bulan. Mereka disahkan meninggal dunia selepas diserang demam dan cirit-birit berulang.

Ibu Tamil Selvan, M Puspanany, 31, berkata, anaknya mula diserang penyakit misteri itu Ahad lalu selepas mengalami cirit-birit dan muntah teruk sehingga menyebabkan badannya menjadi kaku.

“Berikutan itu, saya membawanya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Teluk Intan, Isnin lalu sebelum diberikan ubat oleh doktor. “Ketika itu, doktor memberitahu anak saya kekurangan air dalam badan sebelum memberikan surat rujukan supaya anak saya segera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di rumah, anak saya langsung tidak bergerak dan matanya bengkak. Lebih menghairankan apabila badannya tiba-tiba bertukar menjadi kehijauan.

“Panik dengan kejadian itu, saya membawanya ke Klinik Kesihatan Hutan Melintang sebelum doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia.

“Saya amat terkejut dengan kejadian yang berlaku,” ” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Julaiha, di sini, semalam.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

Sementara itu, bagi kes kedua, Varagaran dari Kampung Teluk Buluh, Hutan Melintang di sini, turut meninggal dunia dipercayai selepas diserang simptom penyakit sama.

Ibu bayi itu, Variamen, 36, berkata, anaknya mula mengalami demam dan cirit-birit sejak 23 Januari lalu selain tanda-tanda bengkak di mata.

Menurutnya, berikutan itu, dia membawa bayinya itu mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Hutan Melintang, Isnin lalu sebelum doktor mengesahkan anaknya meninggal dunia.

“Saya tidak pasti penyakit yang menyerang bayi saya dan masih menunggu jawapan daripada Kementerian Kesihatan,” katanya.

Dalam pada itu, beberapa bayi lain turut dilaporkan mengalami simptom penyakit sama dan sedang menerima rawatan di Wad Kanak-Kanak, Hospital Teluk Intan.

Seorang nenek, M Sariniya, 53, berkata, cucunya berusia dua tahun mula mengalami demam dan muntah sejak dua hari lalu dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital Teluk Intan.

‘’Saya susah hati dengan keadaan cucu, apatah lagi selepas mengetahui dua bayi mati mengejut akibat penyakit misteri itu.

“Saya berharap Jabatan Kesihatan Perak dan Kementerian Kesihatan dapat menyiasat segera punca sebenar menyebabkan penyakit demam dan cirit-birit misteri yang berlaku di daerah ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Gok Kok Liang berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung kematian mengejut dua bayi berkenaan dan akan meminta pihak berkuasa berkaitan menyiasat dakwaan dan punca sebenar yang berlaku.

Speak Your Mind

*