Categorized | hiburan

ABBY ABADI BAWA HATI KE MEKAH

No of View :463
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

KUALA LUMPUR, 17 FEBRUARI 2012: Pelakon, Abby Abadi, 34, akui telah menolak beberapa tawaran berlakon dalam masa terdekat, bagi memberi laluan kepada kelas pengajian Umrah sebelum berangkat ke Mekah pada 11 Mac ini.

Bakal mengerjakan ibadah Umrah selama sepuluh hari, Abby Abadi bakal pulang ke tanah air pada 22 Mac ini.

Meskipun teruja dengan kunjungan pertamanya ke sana, namun Abby Abadi berkata dia kini tidak dapat menyelindungkan perasaan gusar jika terdapat halangan yang mendatang kepada dirinya seperti yang pernah terjadi sebelum ini.

“Sebenarya sudah lama saya teringin ke sana. Sebelum ini pun saya sudah beberapa kali berusaha untuk ke tanah suci tetapi terdapat beberapa halangan seperti kelewatan menyiapkan visa dan sebagainya.

“Namun semua itu tidak mematahkan semangat saya, malah terus bersabar. Saya fikir mungkin ketika itu belum rezeki saya.

“Jadi kali ini saya benar-benar berharap agar impian saya untuk berada di hadapan Kaabah tercapai,” katanya yang ditemui selepas Pelancaran Suria FM Terbaru, di Pavilion, petang semalam.

Tidak bersama keluarga atau rakan yang dikenalinya, bekas anggota Elite itu berkata dia membawa hatinya yang tulus seorang diri ke tanah suci hanya untuk berdoa yang terbaik kepada kehidupannya yang akan datang daripada maha Esa.

“Niat saya ke sana memang untuk beribadat dan bukan untuk melancong atau bersama-sama orang atau rakan yang saya kenali.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

“Jadi saya membuat keputusan untuk ke sana seorang diri bersama ahli rombongan Umrah yang lain.

“Cuma kali ini saya terpaksa meninggalkan anak saya kepada ibu bapa saya untuk menjaganya sementara saya di sana.

“Saya akui, perasaan saya kini memang rasa berbelah-bagi untuk menjejakan kaki ke tanah suci.

“Namun saya percaya Tuhan maha penyayang dan lagi maha pengasih.

“Lagipun, saya ke sana hanya untuk berdoa dan mendapakan kebaikan dalam kehidupan.

“Saya harap dapat membersihkan hati serta jiwa saya supaya dilimpahkan rezeki dan kebahagiaan olehNya dalam saya membesarkan anak-anak,” luah bekas kekasih pelakon, Zul Ariffin ini.

Hasil perkahwinannya bersama bekas suaminya, pelakon Norman Hakim, dia telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish, Marissa Dania dan Maria Danisha.

Selain masih aktif berlakon, Abby kini telah keluar dengan single terbaru berjudul Aku Tak Mahu karya sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Nak Update Semasa Dari Mummynemo.Com

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Connect dengan Ellen di Facebook

Beriklan Di Blog Mummynemo…

<

Add Ellen di Google +

Follow Mummynemo_Ellen on Twitter

Categories

TerHanGaT Di PasaRan...

Thanks…Hehe