Panas!..

BERSANTAI SAMBIL MAKAN LOKCHIN DI PANTAI KUALA PERLIS

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

LOKCHIN. Mungkin bunyinya agak pelik tetapi bagi yang pernah merasainya, pasti akan terus memasang impian untuk mencuba lagi keenakan makanan tersebut.

Makanan yang dikatakan berasal dari Siam itu sebenarnya telah lama popular di Perlis, apatah lagi ia boleh didapati dengan mudah di sepanjang pesisiran pantai Kuala Perlis.

Sebenarnya lokchin merangkumi pelbagai jenis makanan laut segera dalam bentuk sosej, kek ikan, jejari dan bebola ikan yang mempunyai pelbagai perisa, selain udang lipan, sotong dan telur puyuh.

Kesemua makanan itu dicucuk dengan lidi. Ia akan dibakar selama beberapa minit bagi membangkitkan aroma dan kemudiannya akan disiram dengan sos cili.

Sos cili yang dihasilkan daripada cili merah dan bawang putih itu cukup penting untuk menambah keenakan rasa lokchin.

Lebih menarik, lokchin kini menjadi pilihan sebagai makanan yang begitu popular di pesisiran pantai Kuala Perlis khususnya pada waktu malam.

Sambil bersantai menikmati hembusan angin laut yang menyegarkan pada waktu malam, lokchin satu-satunya pilihan makanan yang banyak dijual di situ.

Setiap hari, kawasan pesisiran pantai Kuala Perlis ini dipenuhi dengan gerai penjual lokchin antara lima hingga enam buah dan meningkat kepada 14 gerai menjelang malam minggu.

Seorang penjual lokchin, Amir Zainuddin, 35, memberitahu S2, beliau dan isterinya telah menjalankan perniagaan itu sejak tiga tahun lalu.

”Ruang yang menarik di tepi pantai ini didapati cukup sesuai untuk dijadikan tapak menjual lokchin,” katanya.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Perniagaan itu juga dilakukan oleh adik beradiknya yang lain. Beliau menjual lokchin mulai pukul 3 petang hingga 4 pagi, setiap hari.

Walaupun dibuka awal petang tetapi biasanya pelanggan beliau lebih ramai menjelang malam.

”Cuaca malam yang sejuk amat sesuai untuk menikmati lokchin yang enak dimakan semasa masih panas-panas selepas dibakar,” katanya.

Beliau berkata, setiap hari beliau akan menjual 30 jenis lokchin, antaranya sosej berperisa lada hitam, tom yam, beriani, bebola udang, bebola ketam, jejari ketam, telur puyuh, sotong dan sebagainya.

Biasanya, kata Azmi harga lokchin ini dijual daripada RM1, RM1.50 dan RM2 secucuk sahaja.

Katanya, selepas dibakar lokchin akan disiram dengan kuih cili.

“Kuah cili ini dihasilkan sendiri oleh isteri saya dan ia memainkan peranan penting bagi menambahkan lagi keenakan lokchin,” tambahnya.

Seorang pelanggan, Fariza Diana Rooslan, 21, yang merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) memberitahu dia sering datang menikmati lokchin di situ bersama rakan sekuliahnya pada waktu malam.

Gadis ini memberitahu, dia mula menggemari lokchin ketika bersekolah di Kuala Perlis sewaktu mengikut ayahnya bertugas di pekan itu.

Katanya, antara pilihan lokchin yang paling digemarinya adalah perasa udang lipan yang berwarna hijau.

”Perasa ini adalah yang paling sedap sekali dan biasanya selalu habis cepat kerana ramai yang sudah tahu jenis ini antara yang paling enak dimakan,” katanya.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top