CARA MEMERAP DAGING UNTUK LEBIH ENAK|PERAP DAGING UNTUK BBQ

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

PASTI anda pernah membuat majlis barbeku. Sebelum daging atau ayam itu dibakar anda akan memerapnya dahulu. Memerap merupakan satu proses atau teknik merendam makanan dalam campuran bahan-bahan telah diperisa sebelum ia dimasak.

Makanan berasaskan daging seperti ayam, kambing, lembu dan sebagainya selalunya diperap sebelum dibakar.

Bahan perapan boleh diadun dengan asid seperti cuka, lemon dan bahan-bahan lain seperti minyak, rempah-rempah, herba-herba, sos tomato dan sebagainya yang dapat menambahkan rasa pada makanan yang diperap itu.

Bahan memerap seperti asid dalam perapan dapat juga melembutkan produk makanan kerana ia akan melembutkan tisu dan akan menghasilkan jus yang lebih enak daripada produk yang diperap.

Walaupun begitu fungsi asid dalam bahan perapan untuk melembutkan cuma memberikan kesan yang sedikit, kerana cara memotong dan teknik memasak yang betul turut menyumbang kepada rasa lembut makanan tersebut.

Jadi perapan yang berbeza boleh anda buat bergantung pada jenis makanan. Contohnya anda boleh menggunakan rempah ratus dan herba tempatan seperti kunyit, jintan putih, ketumbar dan serai dalam perapan untuk ayam bakar.

Lebihan perapan boleh dimasak untuk dijadikan sos juga. Tip paling penting dalam memerap adalah jangka masa simpanan bahan yang diperap itu. Lagi lama anda memerap daging atau makanan itu, lagi sedap rasanya.

Jadi, saya mengesyorkan agar anda membiarkan makanan yang diperap di dalam peti sejuk lebih daripada 24 jam atau semalaman bagi mendapatkan rasa dan aroma yang lebih sedap apabila dimasak.

Diet Plan Malaysia
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"Cara Mudah Kelihatan Jelita Sepantas 4 Hari. KLIK SEKARANG!"

Minyak yang digunakan dalam bahan perapan jika ada digunakan dapat memelihara kelembapan makanan yang diperap.

Minyak tidak perlu dalam bahan perapan jika makanan itu mengandungi banyak lemak kerana lemak itu dapat memelihara kelembapan.

Berhati-hati apabila menggunakan asid daripada cuka atau buah sitrus dalam perapan kerana jika berlebihan ia akan membuatkan protein dalam makanan yang berdaging menggumpal dan membuatkan ia seakan-akan telah dimasak separa. Kesan ini akan membuatkan rasanya kurang enak.

Jadi jangan letakkan terlalu banyak dalam bahan perapan. Perapan boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti anda boleh memasakkan bahan perapan itu dahulu sebelum digaul dengan makanan yang ingin diperap itu.

Kisar bahan-bahannya dahulu kemudian tumis sehingga harum dan barulah anda gaulkan dalam bahan yang ingin anda perap itu.

Selain itu ada juga bahan-bahan perapan yang dibuat mentah tanpa dimasak. Caranya lebih mudah dengan mengisar semua bahan-bahannya dahulu kemudian perap terus dalam makanan.

Gaulkan rata dan simpan dalam peti sejuk. Selain itu terdapat juga bahan perapan yang dijual segera di pasar raya. Anda hanya perlu menuangnya ke dalam bahan perapan dan gaul rata sebelum disimpan dalam peti sejuk.

Antara bahan-bahan perapan segera yang saya suka gunakan adalah sos BBQ dan pemerap herba campuran. Terdapat juga bahan perapan yang kering berbentuk serbuk.

Ia mengandungi campuran herba, rempah ratus, garam dan bahan perisa. Anda hanya perlu mencampurkan bahan perapan kering ini bersama bahan-bahan basah seperti sedikit minyak, kisaran bawang putih dan bawang merah agar rasa serbuk perapan itu dapat meresap ke dalam makanan yang diperap.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*