CAT FARISH ALAMI MASALAH HIDUNG DAN MATA BERDARAH

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

KUALA LUMPUR: Bekas anggota kumpulan Ruffedge, Cat Farish akan lebih peka dalam menjaga kesihatan dirinya selepas terlantar sakit di Hospital Pakar KPJ Tawakkal di sini selama seminggu akibat penyakit darah tinggi.

Cat berkata, sebelum ini dia tidak pernah mengetahui mempunyai penyakit berkenaan namun menganggap kejadian tersebut sebagai satu peringatan buatnya.

“Sebelum ini saya tidak pernah sakit sebegini dan ia adalah kali pertama dimasukkan ke hospital dalam waktu yang lama malah dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama dua hari.

“Ia benar-benar telah membuka mata saya untuk lebih mementingkan kesihatan dan tidak hanya sibuk dengan kerja,” ujarnya ..

Cat ditemui pada majlis sidang media teater muzikal Gerimis Mengundang di Istana Budaya pada Selasa.

Diet Plan Malaysia
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"Cara Mudah Kelihatan Jelita Sepantas 4 Hari. KLIK SEKARANG!"

Dalam pada itu, Cat berkata, doktor memberitahu tekanan darah yang tinggi akibat kurang rehat dan bebanan kerja telah menjadi faktor kepada keadaan itu selain otaknya juga turut aktif ketika tidur.

Tambahnya, dia bergegas ke hospital apabila hidungnya mengeluarkan darah tanpa henti selama sembilan jam dan diberitahu bahawa salah satu sel hidungnya telah pecah.

“Tambah rumit apabila darah turut keluar daripada mata saya dan telah memaksa pihak hospital untuk menempatkan saya di ICU selama dua hari.

Dalam perkembangan sama, Cat memberitahu penyakit tersebut mungkin berpunca daripada sikapnya sendiri yang terlalu mementingkan kerja sehingga lupa untuk menjaga kesihatan.

Ujarnya, tanggungjawab di pejabat telah membuatkan dirinya lalai namun berjanji akan lebih serius menjaga kesihatan demi isteri dan anak-anaknya yang sedang membesar.

“Sebelum kejadian saya kerja macam orang gila dan balik rumah pun lambat. Tetapi sekarang saya akan pastikan sebelum pukul enam petang akan tiba ke rumah dan tidak terlalu memikirkan mengenai soal kerja,” katanya.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*