Categorized | Dunia

LAMPIN PAKAI BUANG BAU PUNCA PESAWAT LEWAT BERLEPAS

No of View :270
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

DARWIN: Lampin pakai buang dalam sebuah tandas menjadi punca sebuah pesawat penumpang gagal meneruskan penerbangan mengikut jadual dari ibu negara Australia, Darwin ke Brisbane.

Pesawat Qantas 825 terpaksa mendarat di Mount Isa beberapa hari lalu selepas penumpang dan kru mengadu bau pelik merebak di bahagian hadapan kabin.

Dalam satu komentar dalam halaman web Aviation Herald oleh seorang yang menggelarkan dirinya ‘Frank Smith’, dia berkata: “Malang bagi penumpang dan kru, bau itu adalah daripada lampin pakai buang berbau yang dibuang dalam tandas.

“Prosedur memaksa untuk mendarat secepat mungkin amat memalukan kepada kita semua di Qantas tetapi lebih baik selamat daripada meminta maaf.”

Jurucakap Qantas, Lauren Blank tidak dapat mengesahkan atau menafikan dakwaan berkenaan.

Dalam satu kenyataan beliau hanya memberitahu, ‘satu bau’ dikesan.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

Lebih 160 penumpang berada dalam pesawat Boeing 767 apabila penerbangannya ditangguhkan kira-kira sejam selepas terpaksa mendarat di Mount Isa.
Dengan tiada tangga di lapangan terbang terbabit untuk memindahkan penumpang dari pesawat, trak ‘cherry picker’ terpaksa digunakan untuk membawa penumpang dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu.

Pesawat itu meneruskan penerbangan kira-kira jam 11.15 malam dan tiba di Brisbane pada jam 3 pagi keesokannya. – Agensi

Incoming search terms:

Leave a Reply

Nak Update Semasa Dari Mummynemo.Com

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Connect dengan Ellen di Facebook

Beriklan Di Blog Mummynemo…

<

Add Ellen di Google +

Follow Mummynemo_Ellen on Twitter

Categories

TerHanGaT Di PasaRan...

Thanks…Hehe