Panas!..

MAS : PESTA PERJALANAN PENERBANGAN MALAYSIA[MATF] BERMULA HARI INI

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

SUBANG 10 Feb. – Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) sekali lagi mengadakan acara tahunan Pesta Perjalanan Penerbangan Malaysia (MATF) bagi perjalanan domestik dan antarabangsa.

MAS dalam kenyataannya di sini berkata, pesta itu akan berlangsung selama tujuh hari bermula esok.

Katanya, MATF menawarkan sehingga 500,000 tempat duduk penerbangan.

“Tawaran MATF itu sah bagi perjalanan bermula hari ini sehingga 31 Julai depan, kecuali musim puncak,’’ kata MAS.

Tambah MAS, bagi memastikan keselesaan pelanggan, MAS menawarkan tambang menyeluruh termasuk penerbangan, surcaj minyak dan cukai lapangan terbang.

"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."
"-Berita Hot Dan Menarik Hanya Di Sini -.."

Katanya, tawaran perjalanan bagi domestik meliputi 15 laluan di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan destinasi-destinasi di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur, termasuk enam laluan dalam kawasan Malaysia Timur.

‘‘Penerbangan sehala kelas ekonomi domestik serendah RM134 bagi Kuching-Sibu, RM 144 (Kuala Lumpur-Alor Setar) dan RM224 (Kuching-Kuala Lumpur).

‘‘Manakala maksimum hanya RM 279 penerbangan sehala bagi destinasi Kota Kinabalu-Kuala Lumpur,’’ kata MAS.

Bagi kelas perniagaan, penerbangan domestik sehala bermula daripada RM359 untuk destinasi Kota Kinabalu-Labuan dan RM429 untuk Johor Bahru-KLIA.

MATF turut menawarkan penerbangan ke 13 buah laluan negara-negara ASEAN.

Sebanyak tujuh laluan antarabangsa ditawarkan ke China/ Hong Kong dan Asia Selatan, enam laluan ke Australia/New Zealand, lima laluan ke Eropah/Turki dan empat laluan ke Asia Utara termasuk ke Los Angeles, Amerika Syarikat.

"-Berita Hot Dan Menarik Hanya Di Sini -.."

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top