banner

PEKERJA KEDAI AKSESORI DITEMUI MATI, KEPALA TERENDAM DALAM BILIK AIR

<Adakah anda ingin mengikuti jejak langkah Adira untuk dapatkan kulit CANTIK & PUTIH? Dapatkan disini
<Mencari Peluang Kerja Dari Rumah

ANGGOTA polis mengangkat mayat Raja Dzulhairi Raja Ali yang dipercayai mati dibunuh dalam sebuah kedai aksesori kenderaan di Taman Cindai, Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani, Kedah, semalam

SUNGAI PETANI 19 Feb. – Seorang ANGGOTA polis mengangkat mayat Raja Dzulhairi Raja Ali yang dipercayai mati dibunuh dalam sebuah kedai aksesori kenderaan di Taman Cindai, Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani, Kedah, semalam┬áditemui mati dibunuh dalam keadaan kepalanya terendam dalam bilik air premis berkenaan di Taman Cindai, Jalan Kuala Ketil di sini hari ini.

Mayat Raja Dzulhairi Raja Ali, 19, ditemui pemilik kedai berkenaan kira-kira pukul 10 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, pemilik kedai berusia lingkungan 30-an itu mengesyaki sesuatu apabila mangsa yang merupakan anak saudaranya dan tidur dalam premis itu tidak membuka kedai seperti biasa pagi ini.

“Kebiasaannya kedai dibuka pada pukul 8 pagi. Pemilik kedai itu cuba memanggil anak saudaranya beberapa kali tetapi tidak dijawab.

“Dia kemudian mendapati pintu tidak berkunci. Setelah masuk ke dalam kedai, dia menemui mayat anak saudaranya dalam bilik air,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

Ahmad Zakaria berkata, berdasarkan keterangan pemilik kedai itu, kali terakhir dia berjumpa dengan mangsa adalah semasa premis itu ditutup pukul 8.30 malam tadi.

“Raja Dzulhairi berasal dari Negeri Sembilan dan sudah dua tahun bekerja di situ dan dia biasanya tidur di dalam kedai,” katanya.

Tambah beliau, siasatan awal polis mendapati, motosikal jenis Yamaha 125 dan komputer riba milik mangsa turut hilang.

“Selain itu, beberapa aksesori kenderaan yang dijual dikesan turut hilang,” katanya.

Ahmad Zakaria menambah, mangsa mungkin mengenali suspek memandangkan tiada kesan pecah masuk dan berlaku pergelutan.

“Polis sedang menyiasat motif kejadian dari pelbagai sudut termasuk kemungkinan mangsa disamun sebelum dibunuh,” katanya.

Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di talian 04-4212222 bagi membantu siasatan.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*