Categorized | Berita Semasa

PERSANDINGAN DI ARAK NAIKI BASIKAL TUA[GAMBAR]

No of View :398
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2
TELUK INTAN 6 Feb. – Setiap pasangan mempunyai cara tersendiri untuk mengabadikan kenangan manis pada hari perkahwinan mereka.

Bagi Nurul Ashikin Abd. Majid, 22, dan Mohammad Tarmizee Aris, 24, yang berkahwin semalam, mereka memilih menaiki beca sambil diarak sekumpulan ahli Kelab Basikal Tua Hilir Perak.

Mempelai bagai pinang dibelah dua itu diarak sejauh 500 meter hingga sampai ke rumah pengantin perempuan di Lorong Haji Rashid Batu 4, Kampung Selabak. Ketibaan mereka disambut gembira oleh ibu bapa pengantin perempuan, Abd. Majid Musilan, 45, dan Jahlilawati Mashod, 43.

Ketika ditemui, Nurul Ashikin memberitahu, dia memilih menaiki beca dan diarak basikal tua bagi memenuhi impian bapanya yang merupakan seorang ahli Kelab Basikal Tua Hilir Perak.

“Semasa saya bercinta lagi, ayah sudah menyatakan impiannya mahu melihat saya dan suami diarak sekeliling kampung menggunakan basikal tua. Semasa ayah dan emak berkahwin pun, mereka diarak dengan basikal tua.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

“Selepas ini, mungkin anak-anak saya pula akan menyambung tradisi berarak menggunakan basikal tua ini,” katanya.

Menurut Nurul Ashikin, di samping meneruskan tradisi keluarga, cara itu juga bertujuan menggalakkan orang ramai menghargai basikal-basikal tua yang dianggap sebagai barangan antik.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Nak Update Semasa Dari Mummynemo.Com

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Connect dengan Ellen di Facebook

Beriklan Di Blog Mummynemo…

<

Add Ellen di Google +

Follow Mummynemo_Ellen on Twitter

Categories

TerHanGaT Di PasaRan...

Thanks…Hehe