Categorized | Dunia

SALJI TEBAL LANDA EROPAH

No of View :234
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

LONDON 5 Feb. – Beribu-ribu penumpang yang berada di Lapangan Terbang Heathrow malam tadi berang selepas syarikat pengendali membatalkan penerbangan pesawat ketiga berikutan cuaca buruk, walaupun sembilan jam sebelum salji mula turun.

Berikutan ramalan cuaca salji setebal enam inci dan kemungkinan kabus membeku, pengendali lapangan terbang, BAA pagi semalam bertindak mengumumkan bahawa 30 peratus pesawat yang dijadualkan terbang hari ini terpaksa dibatalkan bagi mengurangkan gangguan kepada penumpang.

Ini bermakna perjalanan 18,000 penumpang dibatalkan atau dijadual semula berikutan syarikat penerbangan perlu menyusun semula jadual penerbangan pesawat mereka.

Keputusan itu bagaimanapun bertentangan dengan kebanyakan lapangan terbang di Eropah yang tetap meneruskan penerbangan seperti biasa.

Di Munich, suhu mencecah sehingga -27 darjah celsius di bawah paras beku malam kelmarin namun penerbangan tetap diteruskan.

Tindakan BAA itu mengembalikan kenangan sambutan Krismas pada tahun 2010, apabila Heathrow ditutup selama lima hari, menyebabkan percutian berpuluh-puluh ribu penumpang terjejas kerana mereka tidak mempunyai jentera membersihkan salji yang mencukupi bagi membolehkan landasan dibuka.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

Sejak itu, BAA meningkatkan jentera pencuci salji daripada 68 buah kepada 185 buah dengan kos sehingga £32.4 juta (RM152.2 juta).

Namun dengan tindakan BAA semalam, ramai mempersoalkan bagaimana pelaburan tersebut tidak mampu menjadikan lapangan terbang paling sibuk di dunia itu berfungsi seperti biasa.

Keputusan itu juga dipersenda penumpang yang berada di lapangan terbang, berikutan pada pukul 7 malam tadi hanya timbunan salji nipis yang turun dan ia tidak menjejaskan landasan. – AGENSI

Incoming search terms:

Leave a Reply

Nak Update Semasa Dari Mummynemo.Com

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Connect dengan Ellen di Facebook

Beriklan Di Blog Mummynemo…

<

Add Ellen di Google +

Follow Mummynemo_Ellen on Twitter

Categories

TerHanGaT Di PasaRan...

Thanks…Hehe