SINDIKET PELACURAN TUMPAS DI KG AIR, KOTA KINABALU, SABAH

<Mencari Peluang Kerja Dari Rumah

4 Bapa ayam di tangkap

KOTA KINABALU:  Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pelacuran dengan tertangkapnya empat bapa ayam termasuk ketua mereka yang memang dikehendaki polis dalam satu serbuan di sebuah premis tidak bernombor di tingkat 1, Jln Hj Seman di sini kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi itu, empat wanita berumur 19 hingga 43 tahun yang dipercayai dipaksa menjadi pelacur turut berjaya diselamatkan.

Serbuan dilakukan oleh sepasukan polis dari cawangan D7 (Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dengan diketuai Inspektor Er Sheau Jia.

Ketika serbuan dibuat, kesemua wanita terbabit didapati sedang bersama pelanggan masing-masing malah ada di antara mereka yang dicekup ketika berasmara.

Difahamkan, pusat pelacuran di tingkat satu yang mempunyai empat bilik itu baru beroperasi semula awal tahun ini dan menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM100 hingga RM150.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

Pusat pelacuran terbabit sebelum ini pernah diserbu pada tahun lepas tetapi hanya beberapa pelacur yang dicekup manakala bapa ayam mereka dipercayai melarikan diri lebih awal sebelum serbuan.

Tidak serik dengan serbuan itu, bapa ayam yang berumur 30an terbabit sekali lagi memulakan operasinya dengan ‘menjual kehormatan’ gadis-gadis dari negara jiran dengan menipu mereka kononnya akan diberikan pekerjaan sebagai pelayan restoran dan pusat hiburan di sini.

Difahamkan juga, bapa ayam terbabit bersama tiga lagi rakannya akan melepak di kaki lima di tingkat bawah premis berkenaan untuk ‘memancing’ pelanggan yang berpotensi.

Selepas itu, mereka akan membawa pelanggan berjumpa dengan gadis yang bakal melanggan mereka dengan tawaran harga yang dipersetujui.

Dipercayai juga, 70 peratus daripada hasil bayaran daripada pelanggan akan diambil oleh bapa ayam manakala selebihnya akan diberikan kepada pelacur terbabit.

Pegawai Turus IPK Sabah, Deputi Superintendan Sabarudin Rahmat ketika dihubungi mengesahkan serbuan itu dan berkata kesemua empat bapa ayam dan empat wanita terbabit kini ditahan untuk siasatan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Speak Your Mind

*