Panas!..

SYARAT MEMOHON RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA KINI DI LONGGARKAN

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

MELAKA: Syarat kelayakan permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 1Malaysia dilonggarkan daripada pendapatan maksimum seisi rumah RM1,500 dinaikkan kepada RM3,000 bermula 1 Mac depan.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan ringkas selepas melancarkan model rumah baru RMR 1Malaysia menggunakan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) di Kampung Padang Kerbau, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Idris Haron dan Pengarah Urusan SPNB, Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh.

Beliau berkata, RMR juga kini dikenali sebagai RMR 1Malaysia bagi membudayakan semangat 1Malaysia dalam kalangan penghuni.

“Malah, semua RMR 1Malaysia akan dibina menggunakan teknologi IBS dengan keluasan binaan lebih besar tanpa membabitkan sebarang penambahan kos kepada pemohon.

"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

“Semua borang permohonan RMR 1Malaysia boleh dimuat turun di semua pejabat wakil rakyat secara dalam talian bagi memudahkan pemohon mengisi borang dan mengetahui status permohonan,” katanya.

Beliau turut menetapkan Indeks Prestasi Utama (KPI) kepada SPNB bagi membina 10,000 unit RMR 1Malaysia sepanjang tahun ini.

Dalam pada itu, penerima pertama RMR 1Malaysia menggunakan IBS, Mohd Nazrul Dollah, 33, berkata dia bangga apabila rumah dimohon sejak dua tahun lalu itu dirasmikan sendiri Perdana Menteri

Mohd Nazrul dan isteri, Nurul Huda Abdul Rahman, 32, kedua-duanya orang kurang upaya (OKU) cacat pendengaran dan bisu turut berpuas hati dengan hasil binaan rumahnya menggunakan IBS.

“Saya gembira, malah yang lebih penting berpeluang membawa Perdana Menteri masuk melihat keadaan rumah ini.

“Dari segi kos dan hasil binaan, ia berpatutan kerana saya berpendapatan RM1,100 sebulan dan hanya perlu membayar RM150 sebulan,” katanya yang juga pekerja di sebuah kilang di Kuala Lumpur.

Menurutnya, dia dalam perancangan berpindah dari Kuala Lumpur ke rumah berkenaan apabila ia siap sepenuhnya bersama isteri dan dua anak, Nurul Ashikin, 9, dan Nabil, 5.

Incoming search terms:

6 comments

  1. Ingin memohon rumah mesra rakyat kawasan Ramuan Cina Kecil Batu 23.

  2. macam mana nak mohon rumah mersa rakyat

  3. LABIBAH BINTI LAZREE

    macam mana nak mohon rumah mesra rakyat

  4. macam mana nak mohon mersa rakyat.

  5. Macam mana nak mohon rumah mersa rakyat.

  6. salam.. mcm mana sy nk mohon n muat turun borang niey..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top