Categorized | hiburan

YUSRY TERASA PERASAAN CINTA SEMASA REMAJA BERSAMA LISA SURIHANI, SO SWEET!!

No of View :1612
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

Pengantin baru, Yusry Abdul Halim ternyata sangat gembira dengan perkahwinannya bersama Lisa Surihani. Pasangan yang menyulam cinta kira-kira setahun ini selamat dinikahkan pada malam tadi dengan disaksikan oleh kaum keluarga dan sahabat-handai terdekat. Sebaik sahaja acara akad nikah berakhir, pasangan ini dilihat tidak henti-henti mengukir senyuman. Cahaya kegembiraan jelas terbayang di wajah masing-masing.

Mengulas kepada pihak media, Yusry tanpa malu-malu memberitahu Lisa adalah wanita yang berjaya membuka pintu hatinya untuk bercinta lagi.

“Selepas gagal dalam perkahwinan terdahulu, saya pernah mengatakan yang saya sudah tidak percaya dengan cinta. Tetapi selepas berjumpa Lisa, perasaan cinta itu muncul kembali. Saya gembira kerana dapat rasa perasaan cinta macam zaman remaja dahulu. Lisa berjaya membuka pintu hati saya,”’ ulas Yusry lantas melirik kepada Lisa.

Menyentuh tentang perancangan bulan madu, Yusry memberitahu dia dan isteri kesayangannya itu bercadang untuk ke Eropah selepas acara resepsi selesai.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

“Kami tidak ada sebab spesifik memilih Eropah sebagai destinasi bulan madu. Rakan-rakan dan ahli keluarga yang cadangkan. Setelah berfikir, kami rasa o.k  juga sebab saya dan Lisa memang sukakan cuaca sejuk. Buat masa ini kami tidak tetapkan tempoh bulan madu itu sebab ia bergantung kepada mood kami ketika berada di sana nanti. Mula-mula kami mungkin akan ke Switzerland dahulu. Dari situ, kami bercadang untuk menjelajah beberapa negara lain dengan menaiki kereta,” ujar Yusry.

Sementara itu, baik Yusry mahupun Lisa turut menyatakan kesediaan mereka untuk membina keluarga dalam waktu terdekat ini. Lisa menginginkan empat orang anak, manakala Yusry menyerahkan kepada rezeki.

Pasangan pengantin ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada Ahad ini. Majlis yang akan dilangsungkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ini akan dimeriahkan dengan persembahan artis popular yang terdiri daripada kumpulan Fourteen, Atilia, Aizat, dan Jaclyn Victor

Incoming search terms:

One Response to “YUSRY TERASA PERASAAN CINTA SEMASA REMAJA BERSAMA LISA SURIHANI, SO SWEET!!”

  1. Mujahid says:

    Moga perkahwinan kali ini lebih di berkati.dan harap wartawan tak perlu la nk buat cerita sampai artis cerai berai..kdg2kala wartawan yg jadi punca mereka suma bergaduh suami isteri
    ## Sweet kan yusri ngan lisa ni
    Entri Terbaru Saya:
    Kenapa Hidup Kita Tidak Tenang

Trackbacks/Pingbacks


Leave a Reply

Nak Update Semasa Dari Mummynemo.Com

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Connect dengan Ellen di Facebook

Beriklan Di Blog Mummynemo…

<

Add Ellen di Google +

Follow Mummynemo_Ellen on Twitter

Categories

TerHanGaT Di PasaRan...

Thanks…Hehe