Panas!..

ZIANA ZAIN TUNDA HASRAT KEMBALI BERLAKON

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
Close
>

SUBANG JAYA: Penyanyi terkenal, Ziana Zain memberitahu ingin kembali berlakon tetapi ingin memberikan tumpuan kepada anak kembarnya iaitu Muhammad Ariel Armin Zahrin dan Siti Nour Kaseh Armin Zaharin yang masih kecil.

Ziana, 45, berkata, dia ada menerima banyak tawaran berlakon daripada pihak produksi tetapi terpaksa ditolak kerana ingin menjaga sendiri anak-anaknya itu.

“Rindu nak berlakon tu memang ada dan pelbagai tawaran datang selepas melahirkan Ariel dan Kaseh tetapi terpaksa ditolak buat sementara ini kerana ingin memberikan tumpuan penuh kepada mereka yang masih kecil,” ujarnya

Tambahnya, penggambaran sesebuah drama atau filem yang memakan masa lama menjadikan faktor utama dia menolak untuk kembali berlakon buat masa ini.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Ziana memberitahu, dia tidak sanggup meninggalkan anak kembarnya itu terlalu lama kerana mereka begitu rapat dengannya.

“Bila mereka dah besar sikit dan boleh ditinggalkan saya pasti akan kembali berlakon,” ujarnya.

Penyanyi lagu Anggapanmu ini pernah berlakon dalam beberapa buah filem seperti Sembilu, Maria Mariana, Merah, Sembilu 2005, Pontianak Menjerit, Qabil Khushry Qabil Igam dan Magika pada 2010.

Sementara itu, bercerita mengenai perkembangan terbarunya, Ziana berkata, dia bercadang untuk mengadakan sebuah konsert khas untuk para peminatnya dalam tahun ini.

Bagaimanapun katanya, dia sedang berusaha mendapatkan tajaan untuk membiayai konsert tersebut dan berharap dapat merialisasikan impian itu.

“Sudah lama rasanya tidak mengadakan konsert untuk para peminat saya dan harap-harapnya impian tersebut terlaksana,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top