ADA UNIVERSITI TEMPATAN LEBIH BAIK DARI UNIVERSITI LUAR NEGARA

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tahap dan kualiti sesetengah institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini jauh lebih baik daripada universiti luar negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan mulai tahun ini akan mengurangkan penghantaran pelajar ke luar negara seperti sebelum ini, sebaliknya akan menempatkan mereka di IPT tempatan.

“Jangan kita pandang rendah institusi pengajian tinggi negara kita, malah tahap universiti kita ada setengahnya jauh lebih baik daripada universiti di luar negara,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian di kediaman rasminya, Sri Satria, di sini Khamis ketika berucap pada pelajar IPTA berasal dari Pagoh pada majlis Sepetang Timbalan Perdana Menteri Bersama Anak-anak Pagoh.

Beliau adalah Anggota Parlimen Pagoh.

Muhyiddin berkata kerajaan mengutamakan kepentingan rakyat dan sentiasa memastikan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang mendapat tempat di IPT tanpa mengira kaum.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"Cara Mudah Kelihatan Jelita Sepantas 4 Hari. KLIK SEKARANG!"

Beliau berkata bagi memastikan agenda transformasi pelajaran negara berjaya, kerajaan sentiasa memberikan peruntukan besar kepada sektor pendidikan negara selain komited untuk merapatkan jurang perbezaan antara pelajar bandar dan luar bandar.

Menurutnya, pelajar IPT mempunyai peranan dan boleh menyumbang dalam proses pembangunan negara dan menjayakan agenda transformasi dengan menyalurkan pelbagai idea berguna, mendalami pelbagai bidang baru dan inovatif serta menjalankan pelbagai aktiviti untuk kepentingan rakyat.

Sebagai golongan cerdik dan mampu membuat penilaian, pelajar IPT hendaklah menjauhi ideologi pihak yang berkepentingan politik dan bertentangan dengan adat resam serta budaya bangsa Malaysia, katanya.

“Hari ini ada pelbagai kumpulan, puak dan kabilah dengan ideologi dan cara pemikiran yang berbeza. Ia sudah mula menimpa sebagai badai di halaman kawasan kita, tempat kediaman kita, negara kita.

“Ada yang membawa pengaruh yang bercanggah dengan adat resam, budaya kita. Ada juga yang cuba nak menekan dengan ideologi-ideologi baru. Ini semua adalah atas tujuan politik,” kata Muhyiddin. - BERNAMA

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*