Panas!..

GIAT BERLATIH ATAS KATIL, RAHSIA KEMENANGAN SHIRO DALAM RAJA LAWAK 6

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

 Tidak menduga sama sekali gelaran juara Raja Lawak 6 (RL6) berpihak buat diri mereka, Shahrol mewakili kumpulan Shiro menegaskan kekerapan berlatih bercakap di atas katil menjadi penyebab mereka untuk mendapatkan lebih banyak keserasian di pentas.

“Sejujurnya, kami berdua tidak pernah terfikir dan menjangkakan bakal menang pada malam ini. Terima kasih kepada semua yang telah menyokong kami tidak kiralah peminat, pihak Astro dan media.

“Kami sebenarnya adalah kawan sedari kecil lagi. Jadi tidaklah berapa sukar untuk kami mencari keserasian. Bagaimanapun, setiap malam, sebelum kami tidur, kami akan berlatih di atas katil dengan mengatakan apa saja yang terlintas di fikiran kami.

“Kami banyak merapu sambil memikirkan idea-idea yang patut diketengahkan pada setiap minggu. Yang paling penting, kami juga ada membuat sedikit kajian menerusi laman sesawang,” ujar Shahrol atau nama sebenarnya, Shahrol Azizie Azmi, 27.

Menyakinkan lagi apa yang diperakui Shahrol, Mohamad Hanaffi Razak atau lebih mesra dengan panggilan Ajak, 25, memberitahu mereka tidak pernah sama sekali menganggap finalis yang lain sebagai pesaing terdekat.

“Secara jujur, kami tidak pernah memikirkan siapakah antara finalis yang lain sebagai pesaing. Bagi kami, semua yang sudah melepasi tahap ini adalah yang terbaik. Apa yang kami tahu, apa saja yang diluahkan kami dalam persembahan hanyalah sebagai satu tugasan saja.

"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

“Malah, Cif Kecik kami iaitu Tauke sendiri sudah berpesan buatlah sesuatu lawak hanya untuk mempamerkan yang terbaik. Oleh kerana itulah juga, kami rasa kami tak pernah terfikir mahu bersaing dengan sesiapa dalam RL6,” kata Ajak.

Sementara itu, Ajak turut menyatakan masih belum ada sebarang perancangan untuk duit yang dimenangi mereka iaitu sebanyak RM100,000 pada malam itu.

“Kami masih belum tahu hendak buat apa dengan duit ini. Setakat ini, kalau ditanya,kami memang masih belum ada jawapan.

“Sejujurnya, setiap minggu apabila kami mengadakan persembahan, niat kami hanyalah mahu kekal pada minggu tersebut. Kemenangan ini hanyalah satu bonus saja bagi kami.

“Sekali lagi, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah banyak menyokong kami terutama sekali pihak Astro yang telah mempercayai bakat kami, ” jelas Ajak.

Apa yang pasti, sebelum bersatu menjadi kumpulan Shiro, Shahrol pernah hadir ke uji bakat RL sejak musim ketiga lagi. Malah, jejaka yang mempunyai wajah seiras Jep Sepahtu ini pernah dua kali berada di senarai teratas untuk menjadi peserta RL.

Manakala, Ajak juga pernah hadir ke uji bakat RL untuk beberapa musim sehinggalah membuat keputusan untuk bergabung bersama Shahrol pada musim kali ini.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top