LAGU OMBAK RINDU POPULARKAN AJEK HASSAN

<Mencari Peluang Kerja Dari Rumah

KUALA LUMPUR: Mulanya dia sekadar ingin melepaskan rindu pada sanak-saudara di Malaysia, namun tanpa disangka tindakannya memuat naik lagu Ombak Rindu yang dinyanyikan secara akustik menyebabkan nama Ajek Hassan dikenali secara tiba-tiba apabila jutaan orang turut menonton klip video itu.

Kini penonton rakaman ‘cover version’ Ajek atau nama sebenarnya, Mohd Mahathir Hassan, 36, mencecah 3.5 juta. Suara seraknya berjaya menggamit pelayar Youtube hingga ada yang tanpa segan-silu meminta Ajek menyanyikan lagu kegemaran mereka pula.

Lapan tahun meninggalkan tanah air kerana menguruskan restoran di Perth, Australia, Ajek sebenarnya langsung tidak menyangka tindakan memuat naik lagu nyanyiannya mendapat sambutan hangat.

“Menyanyi dan bermain gitar antara perkara yang saya suka lakukan. Bukan mahu menjadikan Youtube sebagai batu loncatan untuk menjadi penyanyi, tetapi sekadar ruang untuk berkongsi bersama dengan keluarga yang jauh di mata.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

“Ia sebagai tanda ingatan bahawa saya masih mengingati jati diri dan sentiasa mengikuti perkembangan hiburan tanah air. Namun, siapa sangka niat itu menyebabkan nama saya semakin dikenali di Malaysia.

“Bagaimanapun, ia tidak membawa perubahan besar dalam hidup saya kerana di Perth juga saya selalu dijemput membuat persembahan pada majlis anjuran pelajar Malaysia,” katanya.

Walaupun dilamar menyanyikan lagu tema bagi dokumentari Tangisan Pasir Salak, ia masih tidak cukup untuk membuka hati Ajek menjadikan penyanyi sebagai kerjaya, namun mungkin akan berubah fikiran jika bakatnya diterima peminat.

Menerima tawaran untuk menyanyikan lagu tema itu, Ajek berharap ia menjadi permulaan untuk membuka mata segelintir masyarakat yang menganggap penyanyi YouTube hanya akan popular buat seketika.

“Tiba masanya masyarakat membuka mata bahawa penyanyi yang mula mencipta nama setelah bakat disedari menerusi rakaman di Youtube juga ada bakat tersendiri.

“Lihat saja kejayaan beberapa anak muda, sama ada dalam negara mahupun luar negara. Teknologi yang makin canggih bukan hanya memudahkan anak muda mempamerkan bakat, tetapi sekali gus memberi kelebihan kepada penggiat seni mencari bakat baru,” katanya.

Comments

  1. boleh tahan gubahan ajek tapi kawe suka d ori version :D

Speak Your Mind

*