Panas!..

LUAHAN HATI SHARIFAH ALEYA MENGENAI PENCERAIANNYA

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."
"-Berita Hot Dan Menarik Hanya Di Sini -.."

KUALA LUMPUR, 5 MAC 2012: Enggan mengulas lebih mendalam mengenai penceraiannya bersama suami, Muhammad Ashraf Aasimudin,32 penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid,29 atau Sharifah Aleya bagaimanapun berkata hubungannya bersama bekas suaminya itu masih berada dalam keadaan baik.

Dihubungi wartawan sebentar tadi, Aleeya berkata walaupun mereka sudah bercerai, tetapi dia gembira kerana masih dapat mengekalkan hubungan silaturahim yang terjalin antara kedua-dua belah keluarga.

“Semuanya baik-baik saja, sama seperti sebelum ini. Hubungan kami masih baik. Dia masih baik dengan keluarga saya, begitu juga dengan keluarganya,” katanya ringkas apabila ditanya mengenai perkembangan kehidupannya selepas bercerai.

Sharifah Aleya dan Ashraf dilaporkan telah menjalani proses bercerai secara baik dan atas persetujuan kedua-dua belah pihak dalam satu proses tertutup pada 29 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

Mengulas mengenai perasaannya ketika ini, Sharifah Aleya berkata sebagai seorang perempuan pastinya dia bersedih namun kehidupan perlu diteruskan.

“Saya ok saja, masih lagi waras. Semuanya ok,” seloroh Sharifah Aleya sambil ketawa.

“Saya masih buat kerja seperti biasa dan bertugas secara profesional di Hot FM.

“Anak-anak juga baik-baik saja dan kalau mahu bertanyakan berkenaan hak penjagaan ke atas mereka, rasanya lebih baik tanyakanlah saja kepada Ashraf.

“Kerana rasanya, saya tidak sepatutnya memberi kenyataan yang lebih. Mungkin lebih baik bertanyakan kepada Ashraf saja,” katanya.

Sharifah Aleya dan Ashraf telah berkahwin pada 10 Disember 2007 dan telah dikurniakan sepasang kembar Aza Ameena dan Asha Ameena, yang kini berusia dua tahun setengah.

"-Berita Hot Dan Menarik Hanya Di Sini -.."

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top