Panas!..

MAJLIS RESEPSI KETIGA DANNY X-FACTOR PADA 25 MAC 2012

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan X-Factor, Danny atau nama sebenarnya Mohd Khardanie Anwa memberitahu bakal mengadakan majlis resepsi perkahwinannya buat kali ketiga di Zebra Square, Jalan Ampang dekan sini pada 25 Mac depan.

Danny ketika dihubungi  pada Jumaat berkata, majlis itu diadakan bagi memperkenalkan isterinya iaitu Saidatul Fazlin Zakaria atau Leen kepada pihak media dan kenalan rapat yang tidak sempat menghadiri resepsi perkahwinannya di Kelantan pada Oktober lepas.

“Ada sesetengah pihak yang masih keliru sama ada saya sudah berkahwin atau pun tidak? Sebab itu saya mengambil kesempatan mengadakan majlis ini sebagai cara untuk menghebahkan kepada rakan-rakan dan pihak media.

“Rasanya tidak terlambat kerana saya dan isteri baru sahaja berkahwin dalam enam bulan,” ujarnya.

Danny dan Leen yang juga seorang pramugari bernikah pada 16 September tahun lalu selepas beberapa tahun menyulam cinta.

Dalam pada itu, Danny berkata, majlis berkenaan bakal bertemakan perkahwinan ala-Inggeris berikutan dewan yang ditempah memang berkonsepkan demikian dan telah menghantar sebanyak 400 jemputan.

"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."
"-Berita Hot Dan Menarik Hanya Di Sini -.."

Sementara itu, ditanya mengenai kehidupan sebagai suami isteri, Danny memberitahu perkahwinan adalah perkara paling terbaik yang pernah berlaku dalam hidupnya.

Danny memebritahu, kenikmatan berumah tangga sukar diucap dengan kata-kata dan mengakui bahagia berada di samping isterinya.

“Alhamdulillahlah perkahwinan saya dengan Leen bahagia dan saya bertuah dapat menjadikan dirinya sebagai isteri,” ujar Danny.

Ditanya mengenai anak, Danny berkata, buat masa ini dia dan isterinya masih dalam fasa bulan madu dan merancang untuk menimang cahaya mata pada tahun hadapan.

“Sekarang tengah “honeymoon” lagi, Insya-Allah tahun depan kami merancang nak dapatkan anak,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Danny memberitahu dia terpaksa mengurangkan aktiviti lakonan kerana sibuk menguruskan acara-acara yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Bagaimanapun dia akan terus berlakon kerana itu adalah minatnya sejak dahulu lagi.

“Saya sekarang sudah berkahwin dan tak boleh mengharap kepada berlakon sahaja jadi kena buat pelbagai kerja untuk memastikan ekonomi keluarga bertambah kukuh,” katanya.

"-Berita Hot Dan Menarik Hanya Di Sini -.."

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top