Panas!..

SUAMI NADIA MUSTAFA, HAZIL IZHAM DIMASUKKAN KE ICU KERANA PENDARAHAN KEPALA

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
Close
>

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

KUALA LUMPUR: Penerbit filem yang juga suami kepada dramatis Nadia Mustafa, Hazil Izham Ismail, 38, dikejarkan ke hospital malam kelmarin selepas mengalami pendarahan di kepala.

Sewaktu dihubungi di sini, semalam, Nadia berkata, suaminya terpaksa menjalani pembedahan di salah sebuah hospital swasta di Bangsar.

“Menurut laporan doktor, keadaan Hazil kini stabil, tetapi masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya.

Menceritakan apa yang berlaku, kata pelakon utama drama Tersungkur di Kaki Cinta itu, sebaik keluar hospital selepas mendapatkan rawatan akibat dipukul 20 lelaki tidak dikenali, Hazil selalu mengadu sakit kepala. “Bukan itu saja, dia juga sudah beberapa kali pitam dan mengalami masalah seperti serangan strok ringan. Risau dengan keadaan itu, kami kembali merujuk kepada doktor yang merawatnya. “Selepas pemeriksaan rapi dibuat, doktor mendapati ada darah beku di kepala dan bagi menyelamatkan nyawanya, pembedahan terpaksa dilakukan,” katanya.

Masalah kesihatan dialami Hazil dipercayai berpunca daripada peristiwa penerbit filem itu dipukul 20 lelaki tidak dikenali bersenjatakan botol kaca dan kayu di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, 1 Mac lalu.

Pergaduhan berpunca akibat perselisihan faham antara krew penggambaran produksi Hazil dengan ‘bouncer’ pusat hiburan tersebut mengenai zon larangan merokok. Hazil yang cuba menenangkan keadaan dihentak dengan botol kaca.

Pada peringkat awal selepas kejadian itu, pihak hospital mendapati Hazil mengalami patah tulang pipi kanan dan terseliuh di bahu kiri.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top