Panas!..

TIPS BERCERAI SUSU IBU|FAEDAH PENYUSUAN SUSU IBU

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

PENYUSUAN susu ibu tidak dinafikan adalah bentuk makanan terbaik yang boleh diberikan kepada bayi selepas kelahiran dan perlu diberikan secara eksklusif selama enam bulan.

Ini disebabkan bayi memerlukan khasiat yang terkandung dalam susu ibu saja tanpa memerlukan tambahan makanan ataupun minuman lain sepanjang tempoh berkenaan.

Malah, susu ibu mampu melindungi bayi kerana ia kaya dengan antibodi, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A dan E. Ia juga berupaya untuk mencegah alahan dan mengeluarkan mekonium selain mencegah masalah jaundis.

Selain itu, susu ibu mengandungi probiotik serta banyak zat organik dan bukan organik yang membantu memantapkan sistem imuniti bayi sepanjang proses tumbesaran mereka.

Namun, ada juga golongan ibu yang merasakan perceraian awal susu ibu akan menyebabkan bayi mereka tidak mendapat nutrisi sepenuhnya kerana terlalu bergantung kepada susu formula.

Malah, penulis sendiri juga hanya mampu menyusukan anak selama enam bulan sebelum memberikan susu formula sepenuhnya hingga kini.

Hinggakan adakalanya terlintas di fikiran sama ada anak mendapat bekalan nutrisi diperlukan berbanding bayi yang mendapat susu ibu sepenuhnya.

Menurut Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik Hospital Pakar KPJ Selangor, Datuk Dr Zulkifli Ismail, perceraian susu ibu lebih awal tidak menjadi masalah utama asalkan bayi mendapat makanan lain selepas enam bulan pertama hidup mereka.

Secara kebiasaannya proses bercerai susu dilakukan secara perlahan-lahan atau berperingkat sama ada ia mengambil masa beberapa minggu atau bulan mengikut kesesuaian.

“Memberhentikan penyusuan badan kadangkala boleh menyebabkan perubahan besar kepada ibu dan anak. Selain kesan fizikal, anda juga akan mengalami kesan emosi.

“Sesetengah wanita berasa sedih akibat kehilangan keakraban antara ibu dan anak seperti yang dirasai ketika menyusukan bayi mereka. Justeru, ia perlu dilakukan secara perlahan-lahan bukan bertindak drastik,” katanya.

Sebaiknya si ibu tidak menghentikan penyusuan badan serta-merta kerana ia akan mengganggu bayi dan membuatkan si ibu tidak selesa selain mengalami payudara bengkak dan kemungkinan mastitis.

Dr Zulkifli berkata, bayi hanya perlu diberikan makanan tambahan dalam bentuk makanan pejal hanya selepas enam bulan kelahiran.

“Ini kerana pada waktu berkenaan susu ibu saja tidak lagi mencukupi untuk menampung tumbesaran bayi dan mereka memerlukan lebih banyak khasiat serta nutrisi untuk membesar dengan sihat.

“Berikan makanan pejal yang diperkaya dengan zat besi untuk melengkapkan susu badan. Ia juga perlu dilakukan secara berperingkat kerana bayi memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru,” katanya.

Pada masa sama, pemberian susu ibu masih boleh diteruskan sehingga dua tahun atau seberapa lama yang dikehendaki oleh si ibu ataupun bayinya.

Di samping itu, memberikan bayi dengan susu ibu selama yang dikehendaki memberikan banyak manfaat kepada kedua-dua pihak iaitu ibu dan bayi itu sendiri.

“Ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dengan anak serta memberikan masa yang istimewa antara mereka. Malah, pemberian susu ibu juga berupaya mengecutkan rahim, mengurangkan kemurungan selepas bersalin serta paling utama mengurangkan perbelanjaan membeli susu formula,” katanya.

Menurutnya, bayi pula mendapat makanan terbaik bagi enam bulan pertama kehidupannya, antibodi dan faktor berguna lain, tidak perlu diberi ubat atau vitamin serta mengurangkan insiden jangkitan paru-paru dan cirit-birit.

Bagaimanapun, diingatkan selepas bercerai susu, ibu bapa perlu memastikan anak mereka mendapat makanan seimbang dengan nutrisi karbohidrat, protein, lemak dan vitamin bersesuaian.

“Ibu bapa tidak harus menggalakkan pengambilan makanan kurang berkhasiat, makanan segera yang manis atau makanan yang memiliki kandungan garam tinggi.

“Ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan serta mengganggu tumbesaran anak sama ada berat badan berlebihan hingga membawa kepada masalah obesiti serta pelbagai penyakit berbahaya,” katanya.

Dr Zulkifli berkata, walaupun susu ibu digalakkan diberi kepada bayi selama dua tahun, masa yang perlu diberi tanpa makanan dan cecair lain adalah selama enam bulan pertama saja.

Tip bercerai susu:

  • Gunakan cara berlainan untuk memujuk. Secara perlahan-lahan gantikan teknik penyusuan badan dengan cara lain untuk memupuk anak. Jika anda lazim menyusukan bayi anda untuk menenangkannya, cuba cara lain untuk membuatkan dia tenteram sama ada dengan membaca buku bersama-sama, menyanyi ataupun bermain.
  • Lengahkan masa penyusuan. Melambatkan masa penyusuan akan lebih berkesan sekiranya anak anda lebih tua dan boleh memahami penerangan anda. Apabila anak yang bertatih minta disusukan, katakan anda akan menyusukannya dalam sedikit masa dan alihkan tumpuannya kepada aktiviti lain. Jangan menyusukannya di awal petang dan beritahu dia mesti tunggu sampai masa tidur.
  • Pilih waktu yang bersesuaian untuk melakukannya (bercerai susu). Peristiwa besar akan membuatkan proses bercerai susu lebih susah. Adakah anak anda sakit baru-baru ini? Selalunya bayi yang tidak sihat mahu menyusu lebih kerap. Sebenarnya, penyusuan badan mungkin mendatangkan kebaikan untuk bayi yang sakit.

    FAKTA:

    Faedah penyusuan untuk ibu

  • Melindungi kesihatan ibu serta merendahkan risiko barah payudara dan ovari.
  • Mengelakkan pendarahan selepas bersalin.
  • Menjarakkan kelahiran kerana ia cara perancang keluarga semula jadi.
  • Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim.

    Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.

  • Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana saja.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top