banner

TIPS IBU MENGANDUNG: EKLAMPSIA DAN PENYAKIT DARAH TINGGI PENYEBAB KEMATIAN

<Adakah anda ingin mengikuti jejak langkah Adira untuk dapatkan kulit CANTIK & PUTIH? Dapatkan disini
<Mencari Peluang Kerja Dari Rumah

TAHUKAH anda bahawa tekanan darah tinggi (hypertension) boleh terjadi di kalangan ibu mengandung?

Masalah ini boleh terjadi pada setiap ibu mengandung tidak kira sama ada yang masih muda, lanjut usia atau yang tidak pernah menghidap penyakit darah tinggi.

Penyakit darah tinggi ini adalah berbeza dengan penyakit darah tinggi yang biasa kita dengari.

Ini kerana penyakit darah tinggi ini hanya spesifik kepada ibu mengandung.

Eklampsia pula ada kaitan dengan darah tinggi. Ia merupakan salah satu komplikasi yang sangat berbahaya akibat tekanan darah tinggi yang tidak terkawal semasa mengandung (Pregnancy Induced hypertension).

Kira-kira 44 peratus eklampsia berlaku sejurus selepas bersalin, 38 peratus semasa mengandung dan 18 peratus berlaku semasa dalam proses bersalin.

Sehingga kini, eklampsia dan penyakit hipertensi semasa hamil masih merupakan salah satu penyebab utama kematian ibu di Malaysia.

Pada tahun 1996, penyakit-penyakit hipertensi semasa hamil merangkumi hampir 13.6 peratus punca kematian ibu di Malaysia.

Walaupun terdapat penurunan dalam kadar kematian ibu akibat punca tersebut, tetapi peratusannya masih tinggi berbanding dengan negara-negara yang sudah membangun.

Ia sebenarnya melambangkan kualiti penjagaan antenatal sesebuah negara.

Eklampsia adalah sawan yang terjadi akibat tekanan darah tinggi yang tidak terkawal semasa ibu mengandung.

Ia merupakan salah satu spektrum yang paling berbahaya dalam penyakit darah tinggi semasa mengandung. Ini kerana ia boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Patofisiologi yang menyebabkan berlakunya eklampsia mungkin kerana berlakunya pengecutan salur darah pada bahagian otak (cerebral vasospasm).

Ini menyebabkan iskemia iaitu satu keadaan di mana kurangnya bekalan oksigen pada sel otak.

Akhirnya, sel-sel otak membengkak (cerebral oedema). Ini boleh menyebabkan berlakunya eklampsia.

Apabila eklampsia terjadi, rawatan definatif ialah kelahiran tanpa mengira usia janin dalam kandungan.

Menunggu masa untuk tujuan mencapai kematangan bayi adalah satu risiko yang sangat tinggi.

Sekiranya eklampsia terjadi, komplikasi selanjutnya pula ialah koma, pendarahan dalam otak dan mungkin cortical blindness.

Ia juga boleh mengakibatkan kematian pada ibu dan bayi dalam kandungan.

Lazimnya, sebelum berlakunya eklampsia, ibu-ibu tersebut mungkin akan mengalami gejala-gejala yang dipanggil gejala impending eclampsia.

Gejala tersebut termasuklah sakit kepala di bahagian depan, loya, muntah dan sakit hulu hati.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

Ia boleh dijadikan panduan kepada para doktor untuk membuat sesuatu keputusan dan tindakan terhadap ibu tersebut.

Walaupun begitu, ada kalanya eklampsia boleh berlaku tanpa gejala-gejala tersebut. Ini menyebabkan ada kalanya agak sukar untuk meramal eklampsia.

Selain itu, pemeriksaan darah serta air kencing secara berkala juga akan dilakukan.

Ia bertujuan membuat penilaian tentang tahap keseriusan penyakit darah tinggi tersebut.

Di samping itu pemeriksaan ultrasound secara bersiri juga dilakukan untuk mengetahui perkembangan serta tumbesaran janin.

Ini kerana penyakit darah tinggi boleh menyebabkan tumbesaran janin terganggu dan terencat.

Jika didapati tumbesaran janin tersebut terencat (intrauterine growth retardation), keputusan untuk melahirkan bayi tersebut mungkin akan dilakukan untuk menyelamatkan bayi yang dikandung.

Bagaimanapun, bayi tersebut terdedah dengan masalah pramatang.

Sebaik-baiknya, bayi dilahirkan sebelum berlakunya komplikasi serius seperti eklampsia.

Dianggarkan kadar kematian ibu adalah setinggi dua peratus dan hampir 35 peratus mengalami komplikasi yang serius.

Ada kalanya adalah agak sukar untuk membuat keputusan, terutama jika keadaan tekanan darah mencecah pada tahap yang serius sebelum janin mencapai kematangan.

Demi menyelamatkan nyawa ibu, ada kalanya janin terpaksa dikorbankan.

Komplikasi serius yang boleh terjadi sejurus selepas eklampsia termasuk:

- Angin ahmar

- Uri lekang (Abruption) – yang boleh menyebabkan kematian pada janin dan pendarahan yang serius pada ibu (Disseminated Intravascular Coagulation)

- Kegagalan jantung (Cardiopulmonary failure)

- Kegagalan buah pinggang berfungsi (Renal failure)

- Kegagalan hati (Liver failure atau rupture liver).

Antara faktor yang boleh memudaratkan dan menyebabkan kematian ibu ialah:

a. Kegagalan memberikan rawatan, seperti gagal mengesan tahap keseriusan penyakit tersebut.

b. Kegagalan bertindak cepat iaitu melahirkan bayi secepat mungkin walaupun sudah terdapat tanda atau gejala-gejala eklampsia.

c. Kegagalan memulakan atau memberikan rawatan yang secukupnya untuk mengawal tekanan darah dan juga mengawal sawan atau eklampsia.

d. Pesakit yang tidak memahami dan tidak memberi kerjasama juga menyukarkan lagi rawatan.

Oleh itu adalah amat penting bagi ibu-ibu mengetahui bahaya masalah penyakit darah tinggi semasa mengandung.

Ini bertujuan agar rawatan yang akan diberi adalah yang terbaik untuk ibu serta anak yang dikandung.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*