Panas!..

WANITA MATI DENGAN KEPALA HANCUR DITEMBUSI PENGHADANG BESI

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

NILAI: Suasana pilu menyelubungi lokasi kemalangan maut apabila orang ramai tidak sanggup melihat seorang wanita mati dalam keadaan menyayat hati dengan kepala hancur ditembusi penghadang besi di Kilometer 14.7, Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (Lekas) berhampiran Pajam, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.15 petang, wanita dipercayai warga China yang masih tidak diketahui identiti itu mati di tempat kejadian. Rakan lelaki mangsa, Thai Yin Sei, 25, yang memandu Proton Saga BLM cedera parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan.

Ketika kejadian, mereka dipercayai dari arah Kajang dan dalam perjalanan menghala Seremban.

Difahamkan, anggota bomba terpaksa mengambil masa 20 minit untuk memotong penghadang besi yang menembusi cermin depan hingga ke bahagian belakang kereta untuk mengeluarkan mayat wanita terbabit.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, kereta dipandu Thai dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh penghadang besi di kiri lebuh raya.

“Akibat rempuhan kuat, penghadang besi jalan menembusi cermin depan kereta sebelah penumpang hingga ke belakang but

“Penumpang depan kereta itu mati di tempat kejadian manakala rakannya parah,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Abd Manan Munaji berkata, pihaknya bergegas ke lokasi untuk melakukan kerja menyelamat selepas menerima panggilan kecemasan

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kami dapati seorang lelaki yang juga pemandu kereta sudah dikeluarkan dan dihantar ke HTJS.

“Bagaimanapun, bomba mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mayat penumpang dari dalam kereta,” katanya. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top