Categorized | kemalangan

WANITA MAUT SELEPAS KENDERAAN TERLANGGAR BABI HUTAN MELINTAS

No of View :419
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

Gambar Hiasan, tiada kaitan dengan artikel

BESUT: Seorang wanita maut selepas suaminya terlanggar seekor babi hutan yang melintas sebelum terbabas bertembung sebuah kereta dari arah bertentangan di Kampung Anak Ikan dekat sini hari ini.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa, Noor Azira Md Nayan, 24, yang juga pembantu program Kewangan Mikro Bandar di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kuala Terengganu, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian badan.

Bagaimanapun, suami mangsa yang memamdu Perodua Myvi, Che Mohd Azmil Che Mohd, 24, bersama seorang lagi pemandu terbabit yang membawa Perodua Kelisa, Marzita Mat Yahya, 32, dirawat sebagai pesakit luar.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata ketika kejadian pasangan itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu dan ingin menghantar isterinya bekerja.

“Namun semasa perjalanan suami mangsa terkejut apabila seekor babi hutan keluar dari semak di sebelah kiri jalan untuk melintas ke jalan sebelah kanan.

“Pemandu Myvi itu gagal mengelakkan babi itu lalu melanggarnya dan terbabas ke laluan sebelah kanan sebelum sebuah Kelisa yang dipandu dari arah Kuala Terengganu gagal mengelak lalu melanggar kereta berkenaan di bahagian penumpang,” katanya di sini hari ini.

Dalam kemalangan lain petang semalam, Kamaruddin berkata seorang terbunuh dan lima cedera parah selepas dilanggar kereta yang tidak memberhentikan kenderaan di simpang jalan di Kilometer 2 Jalan Kampung Raja-Tembila dekat persimpangan Kampung Paya Rawa.

Kejadian 4.15 petang itu menyebabkan pemandu Proton Wira, Mohamad Zain Junus, 50, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera teruk di bahagian kepala dan badan.

Isteri mangsa, Bidah Junus, 45, dan tiga anaknya serta pemandu sebuah lagi kereta, Mohd Zaitu Mohd Zahid, 45, cedera parah.

Katanya, mangsa dan keluarga dikatakan baru balik daripada menghadiri majlis kenduri kahwin saudaranya di Cheneh, Kemaman.

“Nahas berlaku apabila Mohd Zaitu yang memandu Proton Wira keluar dari persimpangan Jalan Sekolah Menengah Teknik Besut untuk ke kiri menuju Kuala Terengganu tanpa berhenti di simpang berkenaan.

“Namun pada masa yang sama datang kereta yang dipandu Mohamad Zain dari arah Kuala Terengganu menuju ke arah Kampung Raja, tidak sempat mengelak lalu menyebabkan perlanggaran,” katanya.

Semua yang cedera dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut. – BERNAMA

Incoming search terms:

Leave a Reply

Nak Update Semasa Dari Mummynemo.Com

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Connect dengan Ellen di Facebook

Beriklan Di Blog Mummynemo…

<

Add Ellen di Google +

Follow Mummynemo_Ellen on Twitter

Categories

TerHanGaT Di PasaRan...

Thanks…Hehe