Panas!..

AKSI BERAHI NORA DANISH DAN RUSDI RAMLI DALAM FILEM MENCARI CINTA

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
Close
>

Kali terakhir muncul di layar perak pada 2007 menerusi filem ‘1957: Hati Malaya’, pelakon berbakat besar, Rusdi Ramli kini bakal muncul dengan filem terbaru berjudul, ‘Mencari Cinta’. Filem bergenre romantik ini merupakan filem terbitan Armnet Intergrated Sdn Bhd dan Madiera Red Movie Associates.

“Saya memegang watak sebagai Razlan, seorang pengusaha lembu dan kambing. Walaupun berpelajaran tinggi, dia tetap mahu pulang ke kampung untuk mengerjakan ladang ternakan milik keluarganya. Dia mempunyai tunang bernama Mila lakonan Fouziah Gous, namun Mila telah memutuskan pertunangan mereka tanpa sebab.

“Dia kemudian terpaksa berkahwin dengan Myra lakonan Nora Danish yang ditinggalkan bakal suaminya di saat majlis perkahwinan mereka,” ujar Rusdi ketika ditemui pada majlis pra-pelancaran filem tersebut di Perak-Techno Trade Centre, Ipoh, petang semalam.

“Saya menerima tawaran untuk berlakon filem ini kerana filem ini lain dari yang lain. Cara penceritaannya berbeza dan kepercayaan mereka terhadap saya untuk menggandingkan saya dengan Nora Danish juga membuatkan saya tertarik untuk berlakon dalam filem ini.”

Rusdi ketika ditemui memberitahu berasa bersyukur kerana walaupun sudah berusia 42 tahun, beliau tetap diberi tanggungjawab oleh syarikat produksi bagi menggalas watak sebagai hero. Apabila ditanya mengenai gandingannya dengan Nora yang 11 tahun lebih muda darinya, anak kepada Norlia Ghani ini mengakui tidak mempunyai masalah berlakon dengan Nora.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

“Alhamdulillah, orang masih menawarkan saya watak hero. Bagi saya, itulah untungnya pada saiz kecil. Ini kali pertama saya digandingkan dengan Nora dan saya rasa tak kisah serta tak ada masalah dia umur berapa tahun pun. Setakat ini tak ada masalah kerana ia adalah sebahagian dari kerja saya,” ujar Rusdi sambil berkongsi mengenai pengalamannya berlakon aksi romantik dengan Nora.

“Banyak benda yang tak disangka. Masa baca skrip lain dan saya pula sibuk shooting benda lain sebelum itu, jadi saya tak tahu apa kehendak pengarah untuk watak ini. Bila diberitahu kami kena melakonkan aksi romantik seperti pasangan suami isteri, saya jadi ‘culture shock’.

“Namun, pengarah mempunyai alasan tersendiri bagi menyokong relevannya keperluan watak ini, jadi saya terpaksa akur. Lagipun, sebagai pelakon saya kena ikut kehendak pengarah, jadi saya hanya buat semampu yang boleh. Sejujurnya, saya rasa risau dan takut melakonkan adegan seperti itu.”

Kagum dengan bakat Nora Danish, Rusdi memberitahu, “Dia seorang pelakon yang bagus, cuma peluang dia saja kurang. Orang hanya nampak dia macam watak Puteri saja. Masa dia berlakon watak menyampah, saya sebagai Rusdi Ramli memang menyampah tengok dia. Tapi sebagai Razlan, saya tak boleh menyampah dengan isteri saya.”

Ditanya apakah cabaran lain melakonkan watak Razlan selain melakukan aksi berahi dengan Myra, Rusdi memberitahu, “Cabaran lain ialah babak bangsal terbakar. Saya kena bermain dengan api betul. Bila melibatkan api, banyak perkara yang tak boleh dijangka, tapi Alhamdulillah tiada siapa yang cedera.”

Dalam perkembangan lain, suami kepada komposer, Sharon Paul ini sedang menantikan kelahiran cahaya mata ketiga di mana Sharon kini hamil lima bulan. Hasil perkahwinan pertama, Rusdi mempunyai seorang anak lelaki bernama Efiezal Ridza, 22 tahun manakala perkahwinan dengan Sharon dikurniakan seorang anak lelaki, Rio Ridza yang kini berusia 2 tahun 8 bulan.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top