Panas!..

DAFI JAYAKAN MINGGU SETIAUSAHA DENGAN TEMA BOLLYWOOD

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

Dafi

Jika dahulu bekas bintang Akademi Fantasia musim kelima ini sekadar menjadi penyanyi jemputan di persembahan Minggu Setiausaha, tahun ini tidak lagi apabila Dafi diberi peluang untuk menghiburkan pula para setiausaha secara solo.

“Ini satu peluang yang pastinya memberikan satu lagi tanggungjawab besar buat diri saya. Saya sedar, dalam pada penyanyi lain hebat mencipta nama, masih ada juga pihak yang percaya akan kemampuan saya ini.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

“Bila mereka tawarkan untuk saya menjayakan persembahan itu, pastinya bukan mudah untuk saya lepaskan. Jika bukan sekarang, bila lagi saya mahu beraksi solo di Minggu Setiausaha,” ujar Dafi yang kini gigih menjalani latihan.

Menariknya, persembahan Minggu Setiausaha anjuran syarikat Bunny Webit Sdn Bhd pada 26 April ini akan bertemakan Bollywood. Tropicana Golf and Country Resort, Petaling Jaya telah dipilih sebagai lokasi bagi menjayakan persembahan ini.

Sepanjang dua jam persembahan itu nanti, Dafi akan menyanyikan rangkaian lagu-lagu Bollywood serta sebuah ‘single’ terbarunya.

Harga jualan meja dibuka dari harga RM3000, RM5000, RM8000 dan RM10,000. Dan untuk tempahan meja, bolehlah menghubungi Afeeq Iqnarcio ditalian 0126160949 atau 0102102011.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top