MINGGU SAHAM AMANAH MALAYSIA[MSAM] 2012 DI ADAKAN DIKOTA KINABALU, SABAH

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) merupakan nama yang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia. Sepanjang 12 tahun penganjurannya, agenda tahunan negara ini telah berjaya meraih penyertaan lebih 2.0 juta pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Idea mengadakan MSAM secara tahunan adalah berikutan kejayaan penganjuran Minggu Pelaburan Bersama PNB pada tahun 1999. Sejak diperkenalkan pada 20 April 2000 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, dengan catatan 60,000 pengunjung, MSAM telah menjelajah ke beberapa buah negeri, iaitu di Kota Bharu, Kelantan (2001 – 190,000 pengunjung), di Alor Star, Kedah (2002 – 160,000 pengunjung), di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur (2003 – 85,000 pengunjung), Kepala Batas, Pulau Pinang (2004 – 200,000 pengunjung), Seremban, Negeri Sembilan (2005 – 155,000 pengunjung), Kuala Terengganu, Terengganu (2006 – 250,000 pengunjung), Kuantan, Pahang (2007 – 202,000 pengunjung), Ayer Keroh, Melaka (2008 – 249,000 pengunjung), Johor Bahru, Johor (2009 – 156,000 pengunjung), Kuching, Sarawak (2010 – 187,000 pengunjung) dan Ipoh, Perak (2011 – 177,000 pengunjung).

Tahun ini merupakan penganjuran MSAM kali Ke-13. Buat kali kedua, MSAM akan melebarkan sayap ke Malaysia Timur. Kali ini untuk bertemu pula dengan masyarakat Sabah. MSAM 2012 yang mengekalkan tema “Pelaburan Untuk 1Malaysia” akan berlangsung di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Sabah bermula 20 April hingga 28 April 2012.

MSAM 2012 bakal dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 20 April 2012.

Syarikat-syarikat Kumpulan PNB termasuk Malayan Banking Berhad, Sime Darby Berhad, I & P Group Sdn Berhad, UMW Holdings Berhad, Chemical Company of Malaysia Berhad, Malaysian Industrial Development Finance Berhad, MNRB Holdings Berhad, NCB Holdings Berhad, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd, Pernec Corporation Berhad dan Takaful IKHLAS Sdn Bhd meneruskan sokongan padu mereka bagi menjayakan MSAM kali ini dengan mempamerkan aktiviti perniagaan mereka di samping mengadakan pelbagai aktiviti lain untuk para pengunjung Sabah.

Diet Plan Malaysia
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"
"Cara Mudah Kelihatan Jelita Sepantas 4 Hari. KLIK SEKARANG!"

Tahun ini, MSAM akan disertai oleh 50 peserta pameran. Selain daripada syarikat-syarikat strategik PNB ini, MSAM juga akan mempamerkan aktiviti-aktiviti oleh syarikat-syarikat pelaburan PNB yang lain, badan-badan kawal selia daripada agensi-agensi Kerajaan seperti Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan juga ejen-ejen unit amanah PNB melalui kira-kira 196 gerai pameran.

Pelbagai aktiviti menarik turut dianjurkan tahun ini termasuk program anjuran bersama rakan-rakan korporat MSAM 2012 yang terdiri daripada Sime Darby Rhino Walk, Maybank Mewarnai Duniaku, CCM Inter School Showdown, Sembang-sembang Pelaburan UMW, UMW Cinema & Studio, UMW Reality Talk Show, I&P Jejak Pelabur Cilik, Perodua Investment Race, NCB Jejak Pelabur Bijak, MNRB Ringgit Savvy, Forum Perdana Hal Ehwal Islam dan Pertandingan Bicara Berirama tajaan Takaful Ikhlas.

Selain itu, MSAM juga dimeriahkan dengan aktiviti Cabaran Pengurusan Kewangan ASNB, Ikon Inspirasi yang menampilkan tokoh-tokoh terbilang dalam pelbagai industri, Hibur & Lawak Labur serta pelbagai aktivit lain.

Pelbagai peraduan juga dianjurkan antaranya e-peraduan yang menawarkan hadiah lumayan berbentuk sebuah kereta Ford Fiesta 1.6l Sport Ti-VCTm, sebuah Toyota Hilux 2.5G, sebuah Perodua Myvi 1.5 (A), 15 buah motorsikal, I 6 unit notebook, 11 unit iPad 2, 45 unit Samsung Galaxy Tab 10.1 dan 41 unit Samsung Galaxy Tab 8.9 serta 300 buah hamper.

Objektif utama penganjuran MSAM ini adalah untuk menyalurkan sebanyak mungkin maklumat tentang pelaburan dan perancangan kewangan kepada rakyat Malaysia supaya mereka bijak mengurus kewangan mereka. Dalam erti kata lain, MSAM dianjurkan untuk melahirkan lebih ramai PELABUR BIJAK di kalangan rakyat Malaysia.

Di samping itu, para pengunjung berpeluang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti berkonsepkan hibur didik yang diadakan setiap hari sepanjang berlangsungnya MSAM. Menariknya, aktiviti-aktiviti yang diadakan turut menawarkan pelbagai hadiah untuk dimenangi setiap hari.

Jangan lepaskan peluang ini. Kunjungilah MSAM 2012!

BAH… JOM! KITA PIGI RAMAI-RAMAI ke Pameran MSAM 2012.

UNTUK SENARAI ATURCARA SEMPENA PAMERAN MSAM BOLEH KLIK DI SINI

Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi

Sekretariat Minggu Saham Amanah Malaysia

Tel : 088-538820/29/30/39

Fax : 088-538840

Permodalan Nasional Berhad
Tingkat 38, Menara PNB
201-A, Jalan Tun Razak,
P.O.Box 10745
Kuala Lumpur

sumber

r

Incoming search terms:

Comments

  1. want find sponsor for my event from UITM Puncak Perdana.

Speak Your Mind

*