NAJWA LATIF NYANYIKAN LAGU KHAS UNTUK ASTRO TUTOR

<Mencari Peluang Kerja Dari Rumah

KUALA LUMPUR, 5 APRIL 2012: Sesuai dengan statusnya sebagai pelajar tingkatan lima, penyanyi , Najwa Latif, 17, bakal menyanyikan lagu khas untuk Astro Tutor TV (saluran 603).

Menariknya penyanyi yang popular di laman YouTube itu akan menyanyikan lagu hitnya Cinta Muka Buku dalam gubahan dan lirik baru khas untuk saluran tersebut.

Malah, tayangan perdana video muzik terbaru Najwa Latif itu akan ditayangkan di saluran Astro Tutor TV pada 16 April ini.

Apa yang pasti, pemilihannya itu bersempena program baru yang diperkenalkan oleh Astro Tutor TV iaitu Gradz yang mana akan menampilkan pelbagai informasi menarik tentang kerjaya serta program-program pengajian, khususnya untuk lepasan SPM.

Antara paparan Gradz yang bakal disisipkan termasuklah segmen Kerjaya Impian yang membincangkan tentang pilihan pendidikan dan kerjaya, sekali gus memberikan contoh rakyat Malaysia yang berjaya dalam kerjaya impian masing-masing.

Manakala , segmen Lepasa SPM pula akan memberikan panduan kepada para lepasan SPM dengan mengemukakan pilihan-pilihan yang bertepatan untuk pengajian mahupun kerjaya yang sejajar dengan perwatakan dan kebolehan mereka.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

Tidak ketinggalan Di Luar Sana, segmen panduan kerjaya yang turut membantu para lepasan SPM untuk memilih pengajian yang sesuai berdasarkan cita-cita mereka.

Selain itu, terdapat juga Get A Life – Cool Career, segmen mingguan yang memaparkan cabaran, isu-isu dan pilihan hidup remaja, terutamanya berkaitan dengan pendidikan dan kerjaya.

Gradz bakal bersiaran di Astro Turtor TV pada setiap hari Ahad dari pukul 11 pagi ke 12 tengahari.

Sementara itu, Ketua Pendidikan Astro, Ravi Gopal berkata saluran Astro Tutor TV iaitu rancangan Greadz terutamanya bakal membantu dan memberi panduan untuk semua peringkat sekolah.

“Astro sangat komited untuk memberikan peluang-peluang pendidikan berterusan dan berkualiti kepada para pelajar.

“Kami juga berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Astro Tutor TV PMR dan SPM kini akan kekal sebagai saluran tetap di Astro serta Njoi, TV Satelit percuma pertama di Malaysia.

“Memang menjadi harapan dan aspirasi kami agar Astro Tutor TV akan terus membantu dan memberi panduan kepada para pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan peperiksaan mereka,”katanya.

Astro Tutor TV UPSR, PMR dan SPM boleh ditontoni oleh semua pelanggan Astro serta semua sekolah-sekolah kerajaan.

Layari www.tutortv.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang intisari, jadual dan acara-acara terlibat yang dianjurkan.

Speak Your Mind

*