Panas!..

OPERASI BERSEPADU 6P: PENDATANG ASING TANPA DOKUMEN LARI DALAM KEADAAN SEPARUH BOGEL

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

TAHAN...sebahagian pendatang asing tanpa izin yang ditahan dalam operasi pagi semalam.

KAJANG: Ada yang melarikan diri dalam keadaan separuh bogel, ada pula bersembunyi di dalam almari pakaian sebaik menyedari rumah sewa mereka diserbu pihak berkuasa dalam Operasi Bersepadu 6P di Kg Abu Bakar Baginda, Bangi, awal pagi semalam.

Difahamkan, sebahagian warga asing yang tinggal di perkampungan terbabit turut melarikan diri dan cuba berlindung di dalam semak berhampiran kerana bimbang dicekup.

Usaha seorang remaja berusia 20 tahun menyorok di dalam almari pakaian di dalam sebuah bilik gagal apabila dia akhirnya ditemui dan dicekup pegawai penguat kuasa sebaik kawasan perkampungan itu digempur kira-kira jam 2 pagi

Selain tidak mempunyai dokumen yang sah, pendatang asing tanpa izin terbabit dikatakan tidak menjalani proses pemutihan seperti diarahkan dan hanya berdaftar untuk memiliki slip berkenaan.

"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Putrajaya, Marie Ajeng, pihaknya sudah menjalankan intipan sejak dua minggu lalu sebaik menerima maklumat daripada orang awam.

“Lebih 800 warga asing dari pelbagai negara diperiksa dan daripada jumlah itu, 126 ditahan. Bagaimanapun, hanya 83 orang saja yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen

“Operasi ini dilakukan bagi memeriksa dan menahan warga asing yang tidak menjalani proses pemutihan yang berakhir 10 Mac lalu. Mereka berdaftar dan memiliki slip sementara tetapi tidak menjalani proses pulang ke negara asal,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang menjalani proses pemutihan itu akan memiliki slip pendaftaran yang mempunyai nombor siri sekali gus mengesahkan kemasukan mereka adalah sah.

Operasi yang tamat kira-kira empat jam kemudian disertai kira-kira 140 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPAM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Rela.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top