Panas!..

PELAJAR TAHUN 1 YANG KOMA SELEPAS LEMAS DALAM LONGKANG MENINGGAL DUNIA

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

KISAH MENGENAI ADIK NUR HIDAYAH MOHAMAD YANG JATUH KE DALAM LONGKANG PERNAH DISIARKAN DALAM BLOG INI PADA 16HB FEB 2012

UNTUK MEMBACANYA SILA KE SINI : PELAJAR SK MENTOK KOMA SELEPAS  LEMAS DI DALAM LONGKANG

CHUKAI: Selepas lebih dua bulan bertarung nyawa akibat lemas selepas terjatuh ke dalam longkang yang dipenuhi air di Kampung Mak Cili, dekat sini pada 14 Februari lalu, Nur Hidayah Mohammad (atas), 7, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kemaman (HK) jam 6.52 petang kelmarin.

Bapanya, Mohammad Embong, 48, berkata keadaan menimpa anaknya agak mengejutkan kerana sejak kelmarin arwah sudah menunjukkan perkembangan positif selepas dimasukkan semula ke hospital pada 2 April lalu akibat sawan. “Doktor memaklumkan Nur Hidayah boleh dibawa balik petang ini (kelmarin) selepas mendapati keadaannya pulih daripada demam akibat jangkitan di paru-paru.

"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."
"-Berita Hot Dan Menarik Hanya Di Sini -.."

“Namun, ketika saya datang pagi tadi (kelmarin) menghantar sarapan untuk isteri (Norizan Zakaria, 42), arwah kelihatan semakin lemah,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, HK, semalam.

Beliau berkata, kebiasaannya Nur Hidayah melawan pernafasannya yang tersekat dengan mengangkat tangan, namun pagi tadi (semalam) dia seolah-olah sudah tidak bertenaga.

“Kira-kira jam 4 petang, isteri menelefon memberitahu keadaannya semakin nazak. Saya bergegas ke hospital dari tempat kerja,” katanya sambil menahan sebak.

Berita Harian sebelum ini melaporkan, Nur Hidayah koma akibat lemas terjatuh ke longkang berhampiran tempat ibunya berniaga di Kampung Mak Chili pada 14 Februari lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Selepas dua minggu, pelajar Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok Dua itu sedar daripada koma dan dibenarkan pulang untuk dirujuk ke Hospital Kemaman.

Nur Hidayah sekali lagi dimasukkan ke HK pada 2 April lalu selepas terkena sawan akibat paru-parunya dijangkiti kuman.

Selepas 20 hari di hospital, keadaannya semakin baik sebelum tiba-tiba kembali merosot pagi kelmarin dan meninggal dunia.

"-Berita Hot Dan Menarik Hanya Di Sini -.."

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top