PERMOHONAN MEMASUKI AKADEMI KRU|SYARAT MEMASUKI AKADEMI KRU

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini

IDEA kreatif trio KRU sememangnya sentiasa ke hadapan melangkaui pemikiran sesetengah pemain industri seni. Bermula dengan album pertama pada 1992, Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim terus melebarkan sayap apabila menghasilkan pelbagai kandungan media dan hiburan dalam format filem cereka, animasi, rancangan TV dan muzik dengan kepakaran dalam bidang penerbitan dan pengedaran.

Kini, empayar penguasaan Kumpulan Syarikat KRU diteruskan lagi dengan penubuhan Akademi KRU sebagai institusi pengajian tinggi bertaraf vokasional yang memberikan tumpuan kepada kemahiran berkaitan industri media dan hiburan. Penubuhan ini secara tidak langsung dapat memenuhi keperluan industri yang memerlukan ramai tenaga kreatif di dalamnya.

Penubuhan Akademi ini turut membabitkan kerjasama Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Universiti Multimedia Malaysia (MMU).

Memulakan operasi pada 2 Julai ini, Akademi KRU akan memperkenalkan tiga program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang memenuhi sepenuhnya keperluan National Occupational Skills Standard oleh JPK, Kementerian Sumber Manusia bagi bidang Kemahiran Kesan Khas Visual, Animasi 3D dan Animasi 2D.

Bercakap kepada pihak media, Norman selaku Presiden Eksekutif berkata, selama 20 tahun bergiat dalam industri, KRU sudah mempelbagaikan produk mereka daripada bidang muzik, filem dan animasi. Bahkan produk mereka bukan saja dipasarkan di dalam negara, tetapi turut dijual di pasaran luar.

“April 2010 kami berpindah ke bangunan baru di Cyberjaya yang lengkap dengan kemudahan studio. Studio kami dipergunakan sepenuhnya bukan saja oleh kami sendiri, tetapi semua pihak luar. Kami menerbitkan filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) dan sekarang menghasilkan filem dalam bahasa Inggeris iaitu Vikingdom.

“Kami melihat perlunya ada akademi sebegini untuk keperluan industri. Kita perlu utamakan pembangunan sumber manusia terlebih dahulu sebelum mengadakan prasarana. Perlu ada kemampuan membangunkan tenaga kerja. Industri media dan hiburan tempatan kini sedang rancak berkembang di peringkat tempatan dan bergerak ke arah penerokaan pasaran global.

“KRU telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa serta produk kami juga dieksport ke pasaran dunia. Akademi KRU adalah sebuah institusi vokasional yang kepentingannya bukan saja memenuhi keperluan Kumpulan Syarikat KRU, tetapi juga untuk majikan lain dalam industri media dan hiburan di Malaysia,” katanya pada pelancaran Akademi KRU.

Majlis pelancaran berlangsung di K-Workers Development Center, Cyberjaya dilakukan Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia Development Corporation (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali. Hadir sama, Pengerusi Akademi KRU, Datuk Profesor Nazaruddin Abdul Jalil dan wakil daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Universiti Multimedia Malaysia (MMU).

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

Tambah Norman, idea untuk mewujudkan Akademi KRU tercetus sejak dua tahun lalu dan impian ini menjadi kenyataan apabila disokong MDeC, JPK dan MMU.

“Kami memang nak percepatkan penubuhannya kerana KRU sendiri sering jadi pilihan banyak universiti yang menghantar pelajar untuk praktikal. Ia membabitkan kos sekitar RM20,000 hingga RM30,000 dari segi penggunaan perisian. Inilah sebabnya kami perlukan satu pusat latihan untuk mereka.

“Apabila kami bentangkan perkara ini, ada permintaan daripada orang Brunei dan Singapura untuk menghantar pelajar, tapi kami lebih utamakan anak tempatan. Yuran yang dikenakan antara RM8,000 hingga RM10,000 untuk latihan selama enam bulan. Ilmu yang diterima dalam tempoh ini melayakkan mereka untuk bekerja dalam beberapa jawatan yang sesuai dalam industri.

“Selama enam bulan, mereka akan diberi latihan asas mengenai penggunaan perisian yang digunakan di studio besar bukan saja di KRU, tetapi juga di luar negara. Mereka akan dapat apa yang diperoleh dan bergelar ‘junior artis’. Kalau mereka belajar peringkat tinggi, mereka berpeluang memegang jawatan lain dan kami bercadang memperkenalkan kos lanjutan pada 2014.

“Kami akan mengadakan empat pengambilan pada setiap tahun dengan kelas dua sesi yang dibahagikan kepada 25 orang setiap kelas. Kelas juga diadakan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Mengenai yuran yang dikatakan agak mahal, Kumpulan Syarikat KRU turut menawarkan biasiswa dan tajaan. Beberapa institusi pengajian tinggi juga sedia berbuat demikian.

“Pelajar yang layak juga boleh mendapatkan tajaan daripada pihak korporat. Sebenarnya bukan isu kos tinggi atau rendah, tetapi saya nak mereka yang belajar di Akademi KRU datang belajar bersungguh-sungguh. Saya nak bentuk disiplin mereka supaya berada pada tahap terbaik dan dapat bantu syarikat apabila bekerja nanti,” katanya yang menjelaskan KRU memperoleh hasil sebanyak RM21 juta tahun lalu dan 65 peratus datangnya daripada penerbitan filem dan bercadang menambah bilangan petugas kepada 500 orang pada 2015, berbanding 150 orang sekarang.

Akademi KRU akan menggunakan khidmat lima pengajar berpengalaman sepenuh masa dan 10 tenaga pengajar secara sambilan. Semua mereka terbabit secara langsung dalam industri. Mereka turut mendapatkan khidmat Panel Penasihat terdiri daripada pakar dalam dan luar negara iaitu Presiden dan Pengarah Urusan Asia Pasifik, Motion Pictures Association, Michael C Ellis; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Toon Boom Animation, Joan Vogelesang; Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia, Datuk Paduka Shuhaimi Baba; Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar; Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan Pengurus Kanan, Rhythm & Hues Malaysia, Hasnul Hadi.

Mereka yang berminat boleh memohon menerusi www.kruacademy.com mulai 20 April ini atau menghantar e-mel kepada [email protected] sebelum 31 Mei 2012. Syarat kelayakan ialah lulusan SPM dan mereka yang mempunyai kemahiran melukis akan diberi keutamaan. Pemohon juga harus lulus ujian buat warna pada sesi temu duga.

Incoming search terms:

Speak Your Mind

*