Panas!..

SEMAKAN TAWARAN BURSARY PELAJAR CEMERLANG SPM 2011

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

Pelajar-pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan ditawarkan secara automatik Bursary di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan di dalam negara.

Pelajar-pelajar mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
I. Syarat-Syarat Umum
a) Mendapat 9A+ dan ke atas dalam peperiksaan SPM pada tahun 2011;
b) Warganegara Malaysia; dan

c) Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan)  pada 31 Disember 2011.
II. Syarat-Syarat Khusus
a) Mengikuti salah satu program persediaan berikut:
i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
ii. Matrikulasi
iii. Asasi
iv. International Baccalaureate (IB)
v. A-Level
b) Mengikuti pengajian peringkat persediaan di kolej-kolej persediaan  dalam negara yang telah ditetapkan

___________________________________________________________________________________________

1) Bursary Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah merupakan penajaan di peringkat persediaan sebelum pelajar melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di universiti sama ada di dalam atau luar negara.

2) Bursary ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar cemerlanglepasan SPM 2011 yang memperoleh 9A+ dan ke atas.

3) Program persediaan yang ditawarkan Bursary KPM adalah berikut:
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

Pelajar boleh mengikuti program STPM di mana-mana sekolah yang menawarkan program ini. Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun.
Pelajar lepasan STPM berpeluang memohon masuk ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara untuk melanjutkan pengajian ke peringkat IjazahPertama.

 Matrikulasi
Matrikulasi adalah program pra-universiti anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang menawarkan kursus persediaan jurusan Sains dan jurusan Perakaunan bagi melayakkan pelajar melanjutkan pengajian Ijazah Pertama pelbagai bidang di IPT dalam negara. Tempoh pengajian adalah selama setahun. Kelayakan ini turut diterima pakai untuk memohon kemasukan ke IPT luar negara TERHAD kepada universiti yang menerima kemasukan lepasan Matrikulasi.
Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM boleh mengikuti program persediaan inidi institusi berikut:
1. Kolej Matrikulasi Melaka
2. Kolej Matrikulasi Labuan
3. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
4. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
5. Kolej Matrikulasi Perlis
6. Kolej Matrikulasi Johor
7. Kolej Matrikulasi Perak
8. Kolej Matrikulasi Kedah
1/4 9. Kolej Matrikulasi Pahang
10. Kolej Matrikulasi Selangor
11. Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
12. Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
13. Kolej Matrikulasi Teknikal Johor

 Asasi
Program persediaan Asasi adalah program pra-universiti anjuran KementerianPengajian Tinggi Malaysia yangmenawarkan kursus persediaan seperti Sains Hayat,Sains Fizikal dan Sastera. Program ini adalah menjurus kepada kemasukanpengajian ijazah pertama di IPT dalam negara. Tempoh pengajian adalah selamasetahun.
Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM boleh mengikuti program persediaan inidi institusi berikut:
1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
2. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
3. Universiti Putra Malaysia (UPM)
4. Universiti Malaya Kuala Lumpur/Universiti Malaya Nilam Puri
5. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
6. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
7. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Internatio nal Baccalaureate (IB)
Kursus persediaan IB merupakan program persediaan universal yang diterima pakaisebagai kelayakan masuk ke IPT dalam dan luar negara untuk melanjutkanpengajian ke peringkat Ijazah Pertama. Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun.
Walau bagaimanapun, bagi kemasukan ke IPTA kelayakan IB hanyalah terhad kepada bidang SELAIN daripada bidang kompetitif (Perubatan, Pergigian danFarmasi).

"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM boleh mengikuti program persediaan ini
di institusi berikut:
1. Sri KDU International School (KDU)
2/4 2. Taylor’s University College

A-Level
Kursus persediaan A-Level ini merupakan program persediaan universal yangditerima pakai sebagai kelayakan masuk ke IPT dalam dan luar negara untukmelanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama. Tempoh pengajian adalahselama 12 hingga 24 bulan.Walau bagaimanapun, bagi kemasukan ke IPTA dalam negara kelayakan A-Levelhanyalah terhad kepada bidang SELAIN daripada bidang kompetitif (Perubatan,Pergigian dan Farmasi).

Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM boleh mengikuti program persediaan ini diinstitusi berikut:
1. Taylor’s University College
2. UCSI University
3. Kolej Damansara Utama (KDU)
4. Cempaka International School (CIS)
5. Kolej Bandar Utama (KBU)
6. International Islamic School
7. Sunway University College
8. INTI International University
9. HELP University College
10. SEGI University College
11. Stamford College
12. Methodist College KL

4) Pelajar yang menerima Bursary KPM layak mendapat kemudahan danelaun berikut:-
-Pembiayaan yuran pengajian di institusi persediaan;
– Elaun Sara Hidup mengikut kadar yang telah ditetapkan bagi setiap program;
– Lain-lain kemudahan elaun berkaitan seperti bayaran yuran peperiksaanSAT/IB/A-level/ International English Language Testing System (IELTS)/ Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dan sebagainya.3/4 Bagi kesemua program persediaan yang tersenarai di atas, penawaran Bursary KPMtertakluk kepada pelajar yang telah ditawarkan/ditempatkan di pusat persediaanyang telah ditetapkan. Sila layari laman sesawang KPM di www.moe.gov.my untukmembuat semakan dan pengemaskinian profil pelajar Bursary KPM mulai 16 April2012. Pengesahan penerimaan tawaran perlu dibuat sebelum atau pada 30 Jun 2012 tertakluk kepada tarikh keputusan tawaran kemasukan ke institusi persediaan.

5) Pelajar lepasan Bursary KPM akan ditawarkan penajaan peringkat ijazah pertama didalam atau luar negara mulai tahun 2014 di bawah anjuran Jabatan PerkhidmatanAwam (JPA) sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Bagi pertanyaanmengenai program penajaan JPA, sila layari http://esilav2.jpa.gov.my/ atau hubungi talian Help desk JPA di 03-88853704.

____________________________________________________________________________

Panduan Pengisian Aplikasi Maklumat Bursary Pelajar Cemerlang Lepasan SPM Tahun 2011

Langkah 1
Pelajar yang memenuhi syarat dikehendaki mendaftar dan membuat semakan samaada nama pelajar tersenarai di bawah Bursary KPM.

Langkah 2
Pelajar yang tersenarai di bawah Bursary KPM dikehendaki mengemaskini profilpelajar Bursary KPM dengan maklumat terkini.
Langkah 3
Pelajar hendaklah mencetak slip pengesahan maklumat Bursary PelajarCemerlang Lepasan SPM Tahun 2011 sebagai bukti pendaftaran dan pengemaskinian.

Langkah 4
Pelajar hendaklah mendapatkan tempat untuk mengikuti salah satu program persediaan di institusi yang telah ditetapkan. Sekiranya pelajar sedang mengikutiprogram persediaan atau telah mendapat tawaran untuk mengikuti program persediaan, pelajar dikehendaki membuat pengesahan penerimaan / penolakan
tawaran Bursary KPM sebelum atau pada 30 Jun 2012. Kegagalan membuat pengesahan berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkantawaran ini terbatal.

Langkah 5
Pelajar hendaklah mencetak slip pengesahan penerimaan atau penolakan Bursary KPM sebagai bukti pengesahan.
Peringatan:
Aplikasi Bursary KPM boleh dikemaskini mulai 16 April 2012 dan pelajar diberimasa sehingga 30 Jun 2012 untuk membuat pilihan bagi mengikuti salah satu program persediaan di institusi yang telah ditetapkan.Penawaran Bursary KPM adalah tertakluk kepada penerimaan tawaran dan maklumat program persediaan serta intitusi yang telah dibuat pengesahan oleh pelajar.

 

untuk membuat semakan Kali pertama Sila klik link ini

http://apps.moe.gov.my/bursaryspm2011/bursary/daftar_pengguna.cfm

Untuk kemaskini Maklumat sila ke sini:-

http://apps.moe.gov.my/bursaryspm2011/login.cfm

Untuk pengesahan penerimaan Tawaran

http://apps.moe.gov.my/bursaryspm2011/psahn.cfm

Incoming search terms:

One comment

  1. haloo.. bole tolong terangkan same ade elok masuk U or tggu jawapan biasiswa ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top