UJIBAKAT KILAUAN EMAS MUSIM KEDUA|SENARAI LOKASI DAN LAGU WAJIB

<Mencari Peluang Kerja Dari Rumah

Selepas menyaksikan Mohd Ali Norpiah Mohd Johar dinobatkan sebagai juara sulung program Kilauan Emas Musim Pertama tidak lama dahulu, kini pihak Astro Prima (Saluran 105) dengan kerjasama pihak penaja Polident membawakan kembali program menarik ini untuk musim kedua yang bakal menjelajah ke enam buah negeri sekitar Malaysia iaitu Sabah, Sarawak, Johor, Pahang, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur untuk sesi uji bakat tidak lama lagi.

Masih mengekalkan format yang sama, Kilauan Emas ialah sebuah program berkonsepkan pertandingan nyanyian yang disasarkan khusus kepada warganegara Malaysia dan Singapura yang berumur 40 ke atas dan ujimempunyai minat dalam bidang nyanyian. Setiap peserta yang terpilih akan dibahagikan mengikut enam buah zon iaitu Zon Sabah (Sabah), Zon Sarawak (Sarawak) , Zon Utara (Pulau Pinang), Zon Selatan (Johor), Zon Tengah (Kuala Lumpur) dan Zon Timur (Pahang).

Menariknya, beberapa pembaharuan telah diperkenalkan bagi memantapkan lagi mutu pengisian program agar terus segar serta menepati kehendak para penonton yang dahagakan program-program berkualiti. Untuk musim kedua ini, calon peserta juga boleh memilih untuk sama ada menyertai program ini secara solo ataupun dengan pasangan duet.

Menurut Pengurus Kumpulan Saluran Hiburan Astro; Cik Azlin Reza Azmi berkata, “Pada musim lepas, kami mendapati sambutan yang diberikan oleh orang ramai untuk menyertai pertandingan nyanyian ini adalah amat menggalakkan. Sehubungan dengan itu, kami mengambil keputusan untuk terus memberi peluang kepada mereka kerana kami yakin mereka mampu menyemarakkan industri seni tanahair yang sedia ada.

Berbeza dengan musim sebelumnya, kami meneruskan inisiatif untuk membuka peluang kepada bukan sahaja warganegara Malaysia tetapi juga rakyat Singapura yang berminat untuk menyertai program Kilauan Emas Musim Kedua. Ini sejajar dengan usaha pihak Astro untuk meneruskan matlamat demi memberikan hiburan terbaik kepada para pelanggannya dengan menawarkan mutu produksi dan format yang mantap untuk setiap kandungan di platform kami.

Sebagai kelainan, kami juga memberi pilihan kepada calon peserta untuk menunjukkan bakat menyanyi masing-masing sama ada secara solo ataupun duet dengan syarat mereka tidak boleh merakam sebarang album dalam tempoh masa 10 tahun sebelum tarikh uji bakat. Walau bagaimanapun, calon peserta hanya dibolehkan untuk menyertai salah satu kategori yang ditawarkan sahaja bagi setiap lokasi ujibakat.

Di kesempatan ini juga kami ingin mengalu-alukan kehadiran Polident sebagai pihak penaja serta Radio Sinar FM sebagai radio rasmi untuk program Kilauan Emas Musim Kedua. Persetujuan mereka dalam menghulurkan sokongan padu demi menjayakan program ini amat kami hargai,” jelas Azlin.

Menurut Pengurus Jenama Kanan GlaxoSmithKline Consumer Healthcare; Cik Chris Chan berkata, “Krim Pelekat Gigi Palsu Polident mengukuhkan kedudukan gigi palsu, lantas mengurangkan gigi palsu dari tertanggal ketika pemakai menyanyi, memakan, atau bercakap dengan lantang. Ini tepat sekali dengan Kilauan Emas kerana jenama ini memahami bahawa ianya adalah tidak selesa dan tidak menyenangkan apabila penyanyi perlu bimbang tentang ketepatan dalam percakapan mereka, atau gigi palsu tertanggal. Hasil daripada kerjasama yang baik tahun lepas, Polident berbangga menjadi sebahagian dari Kilauan Emas lagi; selaras dengan misi jenama ini untuk membantu mengembalikan harapan dan meningkatkan keyakinan pemakai gigi palsu.”

Selain itu, Kilauan Emas Musim Kedua juga bakal membawa masuk khidmat dua nama besar yang dipilih berdasarkan pengalaman mereka yang amat luas dalam industri seni tanah air iaitu Adnan Abu Hassan dan Juliza Adlizan yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai guru vokal bagi program ini.

”Khidmat guru vokal yang dibawa masuk untuk musim ini adalah untuk mengenal pasti kebolehan para peserta jika mereka boleh diasah dan diberi bimbingan terutama sekali dalam bentuk vokal yang dapat mengimbangi setiap persembahan mereka kelak. Para peserta yang berminat dinasihatkan untuk hadir dalam keadan bersedia dan meyakinkan barisan juri bahawa mereka mempunyai bakat nyanyian yang hebat, ” tambah Azlin lagi.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

Kilauan Emas Musim Kedua juga turut mengekalkan pengacara, pelakon dan penyampai radio Sinar FM; Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin atau lebih dikenali sebagai Kak Engku sebagai pengacara. Program ini juga bakal disiarkan di Astro Prima (saluran 105) bermula Mei ini.

Mereka yang berminat mestilah warganegara Malaysia dan Singapura yang berumur 40 tahun ke atas (pada tarikh ujibakat) dan perlu membawa dua keping salinan kad pengenalan serta gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang).

Para peserta juga dikehendaki untuk memilih salah satu lagu untuk dipersembahkan berdasarkan senarai lagu wajib yang telahpun disediakan oleh pihak produksi. *Sila rujuk lampiran untuk senarai penuh senarai lagu wajib.

Pada peringkat Pentas Kilauan Emas, nasib para peserta untuk setiap zon akan ditentukan sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri yang terdiri daripada juri jemputan profesional, guru vokal dan wakil pengurusan pihak Astro yang mana dua orang peserta terbaik akan dipilih untuk mewakili setiap zon sebelum mara ke peringkat seterusnya. Manakala bagi peringkat separuh akhir dan akhir, markah daripada pihak juri akan dicampurkan dengan keputusan undian yang akan dibuat oleh para penonton.

Mereka bakal menilai para peserta daripada segi teknikal seperti kawalan suara, sebutan, pernafasan, intonasi, rentak, tempo, keserasian, harmoni serta kreativiti dan penghayatan persembahan.

Sila layari laman web www.kilauanemas.com.my untuk maklumat lanjut mengenai program ini.

LOKASI & TARIKH UJI BAKAT KILAUAN EMAS MUSIM KEDUA
1. ** Sabah (Zon Sabah) 1Borneo Hypermall, KK 28 April 2012
2. ** Sarawak (Zon Sarawak) Merdeka Palace Hotel, Kuching 5 Mei 2012
3. ** Johor (Zon Selatan) The Zon Mall, JB 12 Mei 2012
4. ** Pahang (Zon Timur) Berjaya Megamall, Kuantan 19 Mei 2012
5. ** Pulau Pinang (Zon Utara) Megamall Pinang, Seberang Prai 26 Mei 2012
6. ** Selangor (Zon Tengah) Plaza Alam Sentral, Shah Alam 2 Jun 2011

** Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakkan.

SENARAI SUSUNAN PROGRAM
Program Hari/Masa Info
Kapsul Kilauan Emas 2
Bermula 11 Mei 2012 Setiap Jumaat – Selasa
Jam 8.55 – 9.00 malam 5 minit
Zon Kilauan Emas 2
Bermula 16 Mei 2012 Setiap Rabu
Jam 8.30 – 9.00 malam 30 minit x 6 episod
Pentas Kilauan Emas 2
Bermula 16 Mei 2012 Setiap Rabu
Jam 9.00 – 10.30 malam 90 minit x 6 episod
Profil Separuh Akhir Kilauan Emas 2
Rabu, 27 Jun 2012
Jam 8.30 – 9.00 malam 30 minit x 1 episod
Konsert Separuh Akhir Kilauan Emas 2 Rabu, 27 Jun 2012
Jam 9.00 – 10.30 malam Siaran langsung
Profil Akhir Kilauan Emas 2
@ Dewan Sri Putra, Bukit Jalil Rabu, 4 Julai 2012
Jam 8.00 – 8.30 malam 30 minit x 1 episod
Retro Karpet Kilauan Emas 2
@ Dewan Sri Putra, Bukit Jalil Rabu, 4 Julai 2012
Jam 8.30 – 9.00 malam 30 minit x 1 episod
Kemuncak Kilauan Emas 2
@ Dewan Sri Putra, Bukit Jalil Rabu, 4 Julai 2012
Jam 9.00 –11.00 malam Siaran langsung

PILIHAN LAGU WAJIB LELAKI
1. Biarlah Bulan Bicara – Broery Marantika
2. Kekasih Awal dan Akhir – Jamal Abdillah
3. Tiada Lagi Kidungmu – Lefthanded
4. Che Mek Molek – Dato’ M Daud Kilau
5. Hati Emas – Kembara
6. Beautiful Maria of My Soul – Los Lobos
7. Dendang Remaja – A.Romzi
8. Oh Fatimah – A.Ramlee

PILIHAN LAGU WAJIB PEREMPUAN
1. Mencintaimu – Kris Dayanti
2. Selamat Jalan Romeo – Ramlah Ram
3. Madah Berhelah – Ziana Zain
4. Mengapa – Nicky Astria
5. Sejakku Bertemu Padamu – Sanisah Huri.
6. Because You Loved Me – Celine Dion
7. Apa Guna Berjanji – Saloma
8. Semakin Hari Semakin Sayang – Uji Rashid

PILIHAN LAGU WAJIB DUET
1. Jangan Pisahkan – Deddy Dores & Mayang Sari
2. Sandarkan Pada Kenangan – Jamal Abdillah & Siti Sarah
3. Endless Love – Lionel Ritchie & Diana Ross
4. Doa Buat Kekasih – Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim
5. Ingin Tahu – P.Ramlee & Normadiah

sumber : budiey.com

Speak Your Mind

*