Panas!..

3 MAUT, 4 CEDERA PARAH DALAM KEMALANGAN NGERI DI KENINGAU, SABAH

Ketahui Teknik Rahsia Orang Korea Kekal Lansing..klik disini
Close
>

LORI treler yang mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Zahari Mohamed, berkata kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang itu melibatkan sebuah lori treler yang sarat dengan muatan balak, kenderaan pacuan empat roda Toyota SR dan kereta peronda polis.

Beliau berkata, dua mangsa yang maut di tempat kejadian ialah pemandu Toyota SR, rakyat tempatan berasal dari Ranau dikenali Welfred Kotos, 33, seorang wanita, Ani Soba, 20an dan Natasha Maming, 5, yang meninggal dunia di hospital.

Katanya, lori treler yang dipandu oleh lelaki berusia 21 tahun membawa muatan kayu balak bulat bergerak dari arah Nabawan ke Keningau.

“Lori terbabit cuba memotong sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota SR namun lori yang dipandu laju tidak dapat membrek lalu melanggar bahagian tepi kanan belakang kereta Toyota SR yang berada di depannya,” katanya.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Exam PTD 2014"
"-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita - Wanita pasti tergoda -.."

Zahari berkata kereta Toyota SR yang membawa enam penumpang termasuk pemandu terbabas ke tepi kiri jalan lalu merempuh kereta peronda polis yang berada di tepi jalan kanan.

Katanya kereta peronda remuk di bahagian depan dan cermin depan sementara lori balak terbabit terus terbalik dan melintang bersama muatan di tengah jalan.

“Mangsa yang mendapat kecederaan rawat di Hospital Keningau dikenalpasti Maming Jabo, 31, Abdul Borhaq Maming, 2, sementara pemandu lori, Adi Watan Mahmod, 21, dan Bacho Lebang, 46, cedera parah dalam kemalangan itu,” katanya.

Katanya, Natasha Maming yang turut dihantar ke hospital meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital.

Zahari berkata dua mangsa yang maut di tempat kejadian, pemandu Toyota SR, Wilfred Kotos dan seorang penumpang wanita, Ani Soba.

Katanya, kedua-dua mayat mangsa dibawa dari Klinik Nabawan ke Hospital Keningau dengan ambulan untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top